PKR Bagaikan Tidak Menghormati Umno Sebagai Rakan Di Dalam Kerajaan Perpaduan Kerana Mencuri Pemimpin Umno??
pekulasi mengenai perbincangan untuk menarik keluar Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dari UMNO untuk menyertai PKR sedang rancak dijalankan.

Kuala Lumpur, 16 Dec 2024, 6.00 petang – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, Umno bukan sebuah parti yang boleh dijadikan seperti bola oleh ahli atau pemimpin dengan ditendang apabila ia tidak lagi diperlukan. Umno adalah sebuah parti yang berjuang begitu lama untuk mempertahankan bangsa dan agama serta mempunyai maruah yang tinggi.

Akmal berkata, hubungan bersama parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan perlu dikaji semula sekiranya mereka tidak menyimpan rasa hormat terhadap Umno. Akmal merujuk kepada isu yang sedang hangat di perkatakan iaitu cubaan untuk mencuri atau menarik pemimpin dari Umno untuk menyertai parti lain oleh beberapa orang individu penting di dalam Kerajaan Perpaduan.

Akmal juga cuba mengimbau pengalaman dahulu sewaktu parti Perikatan Nasional di dalam proses untuk menubuhkan kerajaan iaitu mempunyai sifat yang sama dengan cuba untuk menarik ahli dan pemimpin Umno untuk menyertai parti mereka.

Isu terbaru adalah khabar yang tersebar luas bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bakal menyertai PKR. Namun sehingga kini Umno masih lagi tidak menerima sebarang permohonan daripada Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.

Sehingga kini, spekulasi mengenai perbincangan untuk menarik keluar Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dari UMNO untuk menyertai PKR sedang rancak dujalankan. Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO Bahagian Kota Raja pada Januari 2023 sebelum mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO bulan berikutnya.

#Prezcom
Lebih Banyak Berita:

MARA Tidak Akan Lepas Peminjam Yang Tidak Mahu Membayar Hutang.