Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Mengutamakan Pelajar Yang Pernah Sertai Aktiviti Kadet Sekolah.
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pertahanan akan mengutamakan pelajar-pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah.

Kuala Lumpur, 13 Dec 2024, 9.00 malam – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pertahanan akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet sekolah untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.

Perkara berkenaan dinyatakan datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan.“Antara yang dibentangkan adalah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula tahun 2025.

Anwar menekankan mengenai kepentingan pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa,” katanya.

Beliau menambah pelaksanaan PLKN dilihat penting kerana mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan.

Serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.Katanya ia juga terkait dengan peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa.

“Ia adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

 

Mengapa VIKTOR Tidak Periksa Dahulu T-Shirt Yang Dibekalkan Kepada Pemain?