Kuala Lumpur, 13 Dec 2024, 9.00 malam – NEGARA Malaysia sangat baik hati. Boleh beri kemaafan kepada mana-mana pihak yang dilihat dengan sengaja menjatuhkan imej Malaysia sebagai contoh pemasangan bendera terbalik. Dengan hanya mengenakan tindakan seperti penjarakan sepelaku atau hanya mendenda dengan beberapa ribu ringgit , atau hanya dikira sebagai kesalahan kecil. Itu tidak menampakkan ketegasan undang-undang negara kita. Alasan seperti tidak tahu cara memasang atau tidak perasan ia terbalik , itu hanya satu alasan hipokrit kerana sebenarnya tidak mahu mengaku mempunyai niat yang tidak baik ?
Baru-baru ini, negara digemparkan oleh pemain badminton negara yang dikatakan tidak perasan bahawa baju yang sedang ditukar itu mempunyai lambang bendera Malaysia yang terbalik. Netizen percaya bahawa sememangnya Lee Zia Jia tidak menyangkakan bahawa beliau akan memakai T-Shirt yang memaparkan bendera terbalik. Perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas di lensa kamera netizen dan juru foto dari negara luar. Ia amat memalukan.
Tetapi yang menjadi persoalan mengapa pihak penaja VIKTOR tidak periksa dahulu pakaian yang dibekalkan kepada pemain?? Di situ dapat dilihat dengan ketara kelemahan pihak penaja. Bukankah penaja sepatutnya lebih peka terhadap barangan yang akan dibawa oleh pemain?? Pakaian seperti T-Shirt mesti diperiksa keadaannya adakah sesuai termasuk tulisan dan bendera negara. Apa yang penaja lakukan sehingga membekalkan T-Shirt yang mempunyai lambang bendera Malaysia yang terbalik?
Jalur Gemilang adalah satu harga yang cukup besar bagi negara ini. Dengan memasang bendera terbalik dengan niat menunjukkan mereka marah, itu bermakna orang tersebut telah
menunjukkan mereka adalah masyarakat yang kurang cintakan negara dan tindakan itu juga merupakancontoh tidak baik kepada generasi akan datang.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :