Bekas Menteri Kabinet Menegaskan Tun Mahathir Membuat Keputusan Bersendirian Tanpa Merujuk Kepada Sesiapa.
kenyataan bersama oleh tiga bekas menteri kabinet tersebut, mendakwa bahawa perkara menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang telah mengakibatkan Malaysia kehilangan Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepada Singapura itu dibuat secara bertulis oleh Dr. Mahathir kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.

Kuala Lumpur, 12 Dec 2024, 6. petang – MENERUSI kenyataan balas yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, mereka bertiga berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir seharusnya bertanggungjawab diatas keputusan yang dibuat sendiri olehnya mengenai semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh pada tarikh 21 Mei 2018. Bekas menteri Kabinet tersebut menegaskan Tun Mahathir membuat keputusan bersendirian tanpa merujuk kepada sesiapa.

kenyataan bersama oleh tiga bekas menteri kabinet tersebut, mendakwa bahawa perkara menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang telah mengakibatkan Malaysia kehilangan Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepada Singapura itu dibuat secara bertulis oleh Dr. Mahathir kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.

Keputusan oleh Tun Mahathir itu juga telah dimaklumkan kepada pihak Singapura pada 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan dan Jemaah Menteri hanya diberitahu selepas dua hari keputusan itu dibuat olehnya mengenai status Batu Puteh berkenaan.

Menurut bekas menteri Kabinet itu lagi, Tun Mahathir tidak perlu meletakkan kesalahan atau melibatkan pihak lain yang tidak kena mengena dengan keputusan yang telah beliau sendiri putuskan sehingga kehilangan sesuatu yang begitu bernilai kepada negara dan ianya tenyata telah mencemarkan kedaulatan negara.

Tun Mahathir seharusnya menerima dengan hati terbuka keputusan yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap dirinya.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: