KPT Telah Menetapkan Langkah-Langkah Bagi Mengatasi Masalah Buli Di Universiti.

Kuala Lumpur, 11 Dec 2024, 9.00 malam – MENJUNJUNG titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya budaya membuli dihentikan sama sekali di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan juga kepada universiti yang lain di Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menetapkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah buli tersebut. Antara yang digariskan oleh KPT adalah:-

1.  Penyediaan Sistem Laporan Kes Buli yang Selamat.

2️⃣ Penerapan Budaya ‘Zero Tolerance’ terhadap Buli melalui Pemantauan dan Penguatkuasaan Peraturan yang Lebih Ketat dan Hukuman yang Lebih Berat.

3️⃣ Pelaksanaan Program Kesedaran dan Pendidikan mengenai Bahaya, Implikasi Negatif dan Cara Menangani Kes buli.

4️⃣ Pengukuhan Sistem Sokongan Pelajar melalui Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) bagi membantu Mangsa Buli.

5️⃣ Penekanan Terhadap Pembinaan Sahsiah, Etika dan Latihan Kepimpinan bagi Menyokong Kemenjadian. Mahasiswa yang Lebih Bersifat Positif.

6️⃣ Saringan dan Penilaian Berterusan terhadap Pelajar.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Bekas Hakim Mengatakan Rasuah Berleluasa Disebabkan Ramai Penjawat Awam Yang Beragama Islam???