Kuala Lumpur, 11 Dec 2024, 12.00 tengahari – SEORANG Bekas Hakim Mahkamah telah membuat dakwaan membabi buta dengan mengatakan bahawa kegiatan rasuah di Malaysia berlaku disebabkan ramai penjawat awam yang beragama islam. Kecaman yang dibuat oleh bekas hakim ini telah menimbulkan kemarahan warga net terutama yang beragama islam.
Menerusi komen-komen yang dibalas oleh warga net di dalam sebuah laman tik tok, rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas hakim itu dengan mengatakan biasanya pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan melayu dan ada pula yang berpendapat orang dari kalangan yang bukan penjawat awam yang kuat memberi rasuah kerana mereka mahukan berbagai perkara dari kerajaan terutama di dalam perebutan projek kerajaan.
Tidak dinafikan sememangnya ada berlaku perbuatan rasuah yang agak banyak dikalangan penjawat awam sama ada yang menerima atau memberi rasuah tetapi tidak melibatkan kesemua jabatan dan tidak seratus peratus penjawat awam yang melakukan rasuah tersebut.
Tetapi yang menghairankan mengapa bekas hakim tersebut hanya menumpukan kepada kes rasuah berlaku dikalangan penjawat awam sahaja? Adakah terlalu banyak kes yang beliau kendalikan adalah dari kalangan penjawat awam??
Bagaimana dikalangan ahli perniagaan, kontraktor, golongan profesional, badan bukan kerajaan (GLC). taukeh-taukeh dan banyak lagi pihak lain yang boleh dikaitkan dengan rasuah yang telah terbukti di mahkamah?? Adakah semuanya penjawat awam beragama Islam sahaja yang melakukan rasuah? Atau pun mungkin bekas hakim ini seorang yang tidak sukakan orang Melayu??
Apa pun alasannya, penjawat awam seluruh Malaysia perlu mengubah sikap dan perbaharui jati diri. Jadilah seorang pejawat awam yang jujur dan amanah. Lihatlah sendiri bagaimana orang menilai prestasi kita. Sangat memalukan !!
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: