Rakyat Lebih Berminat Untuk Mendengar Pembelaan Diri DS Najib Berbanding Mendengar Hujah Di Mahkamah.
Najib seorang sahaja sudah cukup untuk mendedahkan segalanya melalui pembelaan dirinya di Mahkamah.

Kuala Lumpur, 11 Dec 2024, 12.00 tengahari – ARAHAN membela diri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh mahkamah diatas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana telah merancakkan lagi suasana politik tanah air. Dari apa yang berlaku terkini, dapat dilihat dengan jelas bahawa, Najib seorang sahaja sudah cukup untuk mendedahkan segalanya melalui pembelaan dirinya dan ia turut menampakkan rakyat lebih berminat untuk pembelaan diri oleh Najib berbanding mendengar hujah di Mahkamah.

Belum habis mengenai isu membela diri, kini hadir pula isu addendum oleh DYM Sultan Pahang, Tengku Abdullah yang dikatakan hanya ‘hearsay’ oleh beberapa menteri dari kerajaan tetapi sebenarnya Addendum tersebut sememangnya wujud. Perkara tersebut semakin hangat diperbualkan oleh rakyat apabila Datuk Muhammad Nizar iaitu anak sulung kepada Najib berkata bahawa Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar dokumen tersebut difailkan sebagai afidavit dan bukan untuk ditularkan di media sosial.

Rata-rata rakyat memberi fokus utama terhadap kedua dua isu ini  dan sentiasa mengikuti perkembangan selanjutnya di dalam kes 1mdb dan pihak Mahkamah Rayuan juga telah menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Najib mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman terhadap titah adendum.

Menurut Nizar, pihak istana tidak pernah menafikan kewujudan dokumen tersebut. Untuk itu pada pandangan beliau, sekiranya dokumen itu palsu, sudah pasti ia telah dinafikan lebih  awal. Beliau menambah lagi, dokumen itu telah ditularkan dan beliau sendiri tidak tahu bagaimana pihak tertentu boleh dapat dan mendedahkannya di media sosial .

 #Prezcom
Lebih Banyak Berita: