Kuala Lumpur, 10 Dec 2024, 4.00 petang – KETUA Eksekutif Tesla, Elon Mask, telah menulis mengenai penurunan kelahiran dan membuat ramalan bahawa Singapura dan beberapa negara lain akan ‘pupus’. Perkara ini dibangkitkan oleh Elon apabila terbaca ciapan oleh Mario Nawfal yang meluahkan kebimbangannya mengenai penduduk dibeberapa buah negara di dunia yang dilihat semakin tua. Menurut Elon lagi, terdapat beberapa negara yang kini sedang menuju status negara tua dan berkemungkinan akan menggunakan khidmat robot untuk menggantikan tenaga golongan umur pertengahan yang akan menjadi warga tua satu hari nanti.
Elon yang juga orang terkaya di dunia itu berpendapat, penurunan kadar kelahiran akan menjadikan populasi warga emas atau warga tua bertambah dan golongan pertengahan umur yang berkerja akan bertambah kecil. Elon juga meramalkan beberapa negara yang akan mengalami perkara yang sama termasuk Malaysia yang kini sedang menuju sebagai status negara tua menjelang 2030.
melalui laporan Jabatan Statistik Malaysia (JSM) apabila peratusan penduduk dikategorikan sebagai warga emas (berumur 65 tahun dan lebih) meningkat kepada 7.3 peratus pada 2022 berbanding 7.0 peratus (2021) daripada keseluruhan populasi Malaysia. Ditambah lagi dengan populasi pertengahan umur yang kian bertambah iaitu 30.1 pada tahun 2021 dan 30.4 pada 2022.
Menurut Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, jangka hayat penduduk Malaysia bertambah panjang iaitu 73.4 tahun berbanding 10 tahun lalu. Untuk itu berbagai perancangan perlu diatur bagi memastikan individu bersara dapat menempuhi usia emas dengan selesa.
Malaysia mengalami peningkatan jangka hayat, dan ia dilihat sebagai satu petanda kemajuan kepada negara. Namun, apa pun tetap ada cabarannya dari segi penjagaan kesihatan, kemudahan penjagaan warga emas dan jaminan pendapatan persaraan.
Apa yang lebih merisaukan adalah dari perkembangan terkini di dalam negara kita iaitu hampir empat juta pekerja berhadapan dengan risiko lebih tinggi untuk jatuh ke dalam kemiskinan pada usia tua akibat ketiadaan liputan program pencen dan persaraan rasmi. Ini bermakna, kerajaan perlu lebih banyak memberi penekanan kepada meningkatkan simpanan persaraan sektor tidak formal melalui program i-Saraan dengan menggalakkan caruman sukarela kepada KWSP.
penstrukturan semula akaun KWSP dengan mengumpulkan simpanan membabitkan semua ahli bawah umur 55 tahun yang memberikan fleksibiliti kepada semua ahli. Langkah ini amat perlu bagi membantu penyediaan hari tua warga emas agar tidak berakhir dengan pendapatan yang kosong atau sebagai gelandangan.
KWSP memahami bahawa pendekatan holistik adalah penting untuk memenuhi keperluan bagi setiap lapisan masyarakat, namun, harus difikirkan program lain khas untuk warga tua yang ditakdir untuk hidup lebih lama agar mereka selesa dan tidak gusar jika tiada pendapatan lain.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita
Karnival CASAxOKU: Usaha Kreatif Pelajar UiTM Tingkat Kesedaran Terhadap Komuniti OKU