Karnival CASAxOKU: Usaha Kreatif Pelajar UiTM Tingkat Kesedaran Terhadap Komuniti OKU
karnival CASAxOKU ini, membawa impak positif yang besar bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga kepada komuniti OKU dan masyarakat umum.

Kuala Lumpur, 10 Dec 2024, 1.00 tengahari – PARA pelajar Pengajian Seni Liberal dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana dengan rasa penuh bangga akan menganjurkan Karnival CASAxOKU, sebuah program yang melibatkan hasil usaha kreatif pelajar semester satu hingga semester empat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Karnival ini dirancang secara besar-besaran, meskipun berdepan dengan kekangan bajet yang terhad.

Program ini merupakan langkah proaktif anak-anak bumiputera dalam menyediakan diri untuk melangkah ke dunia industri selepas tamat semester. Lebih daripada sekadar latihan, karnival ini membawa impak positif yang besar bukan sahaja kepada para pelajar, tetapi juga kepada komuniti OKU dan masyarakat umum.

Sebelum ini, isu kesedaran terhadap komuniti OKU sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Melalui Karnival CASAxOKU, kami berharap dapat memupuk kesedaran dan empati yang mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap golongan istimewa ini.

Di bawah bimbingan pensyarah yang berpengalaman, para pelajar melaksanakan sepenuhnya program ini secara praktikal. Kesungguhan mereka jelas terpancar, walaupun mereka perlu mengimbangi antara tanggungjawab akademik dan komitmen untuk menjayakan karnival ini.

Masyarakat hari ini perlu berubah sikap dengan memberikan fokus kepada keupayaan golongan OKU. Kekurangan dan ketidakupayaan mereka perlu dibantu untuk mendapatkan hak agar golongan ini dapat hidup seperti orang normal.
#Prezcom