
Kuala Lumpur, 9 Dec 2024, 6.00 petang – NOVEMBER lalu, Pati dari Indonesia mencatat bilangan tertinggi dengan 12,588 orang diikuti Bangladesh (7,822) serta Myanmar (7,112). Dari 1 Januari hingga 14 November 2024, Jabatan Imigresen Malaysia sudah melaksanakan 17,825 operasi penguatkusaan dengan tangkapan seramai 41,234 Pati selain 1,607 majikan juga ditangkap atas berbagai kesalahan. Bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan PATI dan juga untuk mengurangkan jumlah mereka di negara kita, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah melaksanakan Program Repatriasi Migran – PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela.
Program Repatriasi Migran merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, tinggal lebih masa di Malaysia, kesalahan melanggar syarat pas untuk balik ke negara asal secara sukarela.
Untuk program ini, PATI mestilah mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah dan memiliki tiket pulang ke negara asal. PATI hendaklah hadir ke 14 Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan bersama tiket pulang ke negara asal dengan tarikh perjalanan tidak melebihi 14 hari dari tarikh hadir ke pejabat.
Bayaran kompaun hanya menerusi Kad Debit/Kad Kredit/Touch ‘n Go eWallet sahaja. PATI WAJIB hadir dengan memohon temujanji melalui Sistem Temujanji Online (STO) ➡️ https://sto.imi.gov.my/STO/home.php.
JIM ingin mengingatkan kepada semua PATI untuk mengambil peluang ini dengan segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir serta tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan Program Repatriasi Migran.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami menerusi Sistem Pertanyaan Online (SPO) ➡️ https://eapp.imi.gov.my/tanya/create
Syabas kepada JIM kerana menganjurkan program ini. tentunya JIM akan melaksanakan operasi dari semasa ke semasa untuk mengesan dan menangkap warga asing dan majikan mengaji Pati dan pihak melindungi Pati yang melanggar undang-undang di bawah akta imigresen.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Bank Negara Malaysia Bersekongkol Menindas Golongan Miskin Dengan Mengenakan Caj RM1 Di Mesin ATM??