![Bank Negara Malaysia Bersekongkol Menindas Golongan Miskin Dengan Mengenakan Caj RM1 Di Mesin ATM??](https://prezcom.my/wp-content/uploads/2024/12/WhatsApp-Image-2024-12-09-at-14.07.14.jpeg)
Kuala Lumpur, 9 Dec 2024, 12.00 tengahari – KESATUAN Kebangsaan Perkerja Bank (NUBE) pada minggu lalu menggesa Bank Negara Malaysia berhenti berbersekongkol menindas golongan miskin. Setiausaha Agong NUBE, J Solomon berkata, BNM bersekongkol dalam penindasan di mesin ATM selepas menjadi pemegang saham terbesar di Pay Net.
NUBE mendakwa PayNet meraih untung kasar RM544 juta dan untung bersih RM271 juta pada tahun lalu dengan keuntungan terkumpul RM1.43 billion dan aset RM2.1 billion.
11 bank perdagangan turut mengaut keuntungan berbillion ringgit pada tahun lalu dengan Maybank mengaut keuntungan tertinggi RM8.27 billion. Walaupun caj yang dikenakan hanya RM1 ringgit di mesin ATM, tetapi dengan kos sara hidup yang tinggi ia amat berharga bagi rakyat.
Apa rasional caj RM1 terhadap pengguna sehingga sehingga mengaut untung atas angin dengan begitu tinggi?? Ini ternyata menindas dan menipu rakyat. Kerajaan dan bank sepatutnya menggalakkan rakyat menggunakan teknologi digital dan mengambil iniasitif seperti potongan atau mengurangkan caj. Bukan menambah beban terutama golongan B40.
Lebih 80% golongan B40 dan M40 menggunakan ATM dan golongan kaya pula menggunakan perbankan internet. Bayangkan sekiranya satu orang membayar RM1 sebagai caj, berapa ramai yang mengeluarkan duit dari bank setiap hari ? Hanya bank sahaja yang tahu berapa keuntungan yang mereka perolehi setiap hari.
Caj seperti ini dilihat akan menambahkan kekayaan kepada golongan yang telah kaya dan menambahkan kemiskinan bagi golongan yang telah miskin.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan Diluluskan Di Parlimen