![Melalui Kenyataan Bela Diri DS Najib, Banyak Perkara Yang Rakyat Tidak Tahu Telah Didedahkan.](https://prezcom.my/wp-content/uploads/2024/12/WhatsApp-Image-2024-12-09-at-23.40.22.jpeg)
Kuala Lumpur, 9 Dec 2024, 9.00 malam – BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berkata, sewaktu Pakatan Harapan ( PH ) menjadi pembangkang semasa pentadbiran beliau, PH dan Parti Demokrat Amerika Syarikat telah mengadakan kerjasama untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan pimpinannya iaitu Barisan Nasional (BN). Kenyataan itu diberi oleh beliau sebagai keterangan dalam perbicaraan kes 1mdb di Mahkamah Tinggi.
Menurut Najib, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah bertindak membuat penyitaan sivil bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih USD 1 billion yang didakwa diselewengkan daripada 1mdb diantara tahun 2009 hingga 2015. Najib percaya bahawa perlucutan hak oleh DoJ itu bermotifkan politik yang dirancang oleh Pembangkang dan parti Demokrat AS untuk menjatuhkan kerajaan BN dan seterusnya menukar kerajaan.
Najib turut mendakwa DoJ menghalang akses kepada bukti pelepasan kerana ia akan menafikan secara langsung tuduhan yang dikemukakan dalam saman lucut hak sivil yang difailkan pada 2016.
Najib seterusnya mendakwa semasa pegawai bank Goldman Sachs, Roger Eng dibicarakan di New York, Timothy Leissner mempunyai bukti yang boleh membantu beliau membersihkan namanya dari tuduhan tetapi, dokumen yang dipohon untuk dijadikan bukti tidak dilepaskan oleh pendakwa raya AS dengan alasan ia boleh menjejaskan strategi pendakwaan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Program Repatriasi Migran – PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela.