Isu Batu Puteh: Penemuan Sesuatu Yang Mengkhianati Kedaulatan Negara.

Kuala Lumpur, 8 Dec 2024, 3.00 petang – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penemuan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Kedaulatan Batu Putih merupakan satu pengkhianatan yang besar terhadap negara kita.

Perkara ini perlu diambil tindakan segera kerana ia bukanlah satu perkara yang boleh dianggap ringan. Setiap inci tanah milik kita perlu dipertahankan sehingga titis darah yang terakhir kerana ia merupakan maruah negara.

Perkara ini turut menjelaskan berbagai kelemahan sehingga menyebabkan kedaulatan negara terancam dan kehilangan sesuatu yang amat berharga.

Walau bagaimanapun, proses undang-undang perlu dihormati bagi membuka semula kes ini. edaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujud pengkhianatan besar kepada negara.

Sebelum ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada tahun 2018, Dr Mahathir selaku perdana menteri waktu itu telah menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mengakibatkan Malaysia kehilangan hak ke atas Batu Puteh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka akan membentangkan laporan yang telah deklasifikasikan kepada semua Ahli Parlimen.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

KPDHEP Melarang Iklan Produk Yang Tidak Sama Dengan Rupa Asal.