KPDHEP Melarang Iklan Produk Yang Tidak Sama Dengan Gambar Asalnya.
Sebagai contoh iklan makanan burger yang tidak sama saiz asalnya ketika dibeli oleh pelanggan. Di papan iklan saiz burger tersebut dilihat dua kali ganda besarnya.

Kuala Lumpur, 7 Dec 2024, 10.00 malam –KPDNHEP telah membuat larangan kepada para peniaga supaya tidak membuat pengiklanan yang mengelirukan pelanggan dengan kenyataan dipapan iklan yang tidak sama seperti produk yang dipaparkan.S ebagai contoh iklan makanan burger yang tidak sama saiz asalnya ketika dibeli oleh pelanggan. Di papan iklan saiz burger tersebut dilihat dua kali ganda besar berbanding rupa asal burger tersebut yang kecil dan nipis.

Para peniaga juga tidak dibenarkan membuat tawaran perkhidmatan yang tidak akan dibuat semata-mata untuk menarik pelanggan memasuki premis mereka. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pengiklan tidak dibenarkan membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau melampau dan iklan yang tidak menepati gambaran sebenar barang atau perkhidmatan.

KPDNHEP boleh mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang mengelirukan, memperdaya atau membuat representasi palsu dan amalan tak saksama di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Banyak Lagi Insentif Yang Disediakan Oleh JKM Untuk Golongan OKU Sekiranya Gagal Mendapatkan Elaun Perkerja Cacat (EPC).