Kuala Lumpur, 7 Dec 2024, 9.00 malam -Di dalam Pembentangan Bajet 2025 , YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil inisiatif dengan merubah dan menambah berbagai perkara yang disasarkan khas bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan OKU. Di antara agenda untuk pemerkasaan golongan OKU adalah, memberikan sokongan kewangan, peluang keusahawanan, dan pendidikan yang bertujuan untuk membantu memulihkan serta merangsang ekonomi negara selepas seluruh dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan Malaysia, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukkan lebih RM1.3 bilion khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan salah satu dari golongan rentan.
- Kanak-kanak
- Orang kurang upaya
- Warga emas
- Keganasan rumah tangga
- Keluarga bermasalah
- Orang papa/fakir
- Gelandangan
- Perintah khidmat masyarakat (PKM)
- Pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)
- Mangsa bencana
Salah satu bantuan bagi golongan OKU bagi tahun 2025 adalah, Elaun Perkerja Cacat ( EPC) iaitu bantuan sebanyak RM450 sebulan seorang kepada pemegang kad OKU JKM. Salah satu dari syarat yang diwajibkan adalah, pendapatan bulanan OKU yang berkerja hendaklah tidak melebihi RM1500 sebulan dan ke bawah. Perkara ini telah menjadi rungutan berbagai pihak terutama dari golongan tersebut. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan tidak lama lagi, tentu pemotongan elaun ini akan berlaku kerana jumlah gaji yang akan dinikmati oleh EPC akan melebihi RM1500.
Namun, JKM masih lagi mempunyai budi bicara iaitu menggalakkan para perkerja yang dipotong EPC mereka untuk tampil membuat rayuan dengan memberi keterangan yang benar mengenai tanggungan dan masalah lain yang dihadapi oleh perkerja berkenaan. Gaji bersih perkerja adalah 1500. Setelah potong Sokso dan EPF baki gaji yang berbakiĀ sekitar RM1300. Tetapi kebanyakkan majikan di Malaysia memberi berbagai insentif kepada para perkerja diantaranya adalah elaun kedatangan iaitu lebih kurang RM100 sebulan, elaun kenderaan, ada syarikat yang memberikan elaun makan kepada perkerja, elaun berkerja lebih masa serta kemungkinan terdapat pakej lain yang ditawarkan khas untuk perkerja OKU.
JKM telah membuat kajian yang munasabah terlebih dahulu kepada semua sektor perkerjaan sebelum membuat sebarang keputusan. Ada diantara OKU yang menerima gaji termasuk elaun lebih kurang RM2000 hingga RM3000 sebulan. Bayaran bill hospital untuk golongan OKU adalah percuma dan tambang pengangkutan awam untuk golongan OKU juga percuma. Sekiranya terdapat anak-anak dari kalangan OKU yang menghidap penyakit kronik, JKM juga ada menyediakan beberapa bantuan untuk mereka. Sebenarnya banyak lagi insentif yang disediakan untuk golongan OKU sekiranya gagal mendapatkan Elaun Perkerja Cacat (EPC).
Banyak lagi bantuan yang boleh dinikmati oleh OKU dari JKM jika memerlukan. Apa yang penting adalah anda semua perlu membuat pertanyaan melalui saluran yang betul supaya mendapat maklumat yang tepat. Sekiranya anda gagal untuk mendapat EPC walaupun status anda telah menepati syarat-syarat yang dikehendaki, anda boleh berhubung terus dengan JKM untuk maklumat lanjut. Tiada sebab untuk JKM menolak pertanyaan anda. Bawa semua dokumen berkaitan untuk menyokong rayuan anda.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kenapa Orang Politik Sering Dikaitkan Dengan Salah Guna Kedudukan Dan Kuasa.?