
Kuala Lumpur, 7 Dec 2024, 12.00 tengahari – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah menahan reman pegawai khas kepada bekas timbalan menteri di negeri ini kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan wang kira-kira RM300,000 membabitkan pembelian pedati emas.
Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin membenarkan suspek lelaki yang bergelar Datuk direman selama enam hari sehingga 10 Disember 2024 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini.
Jika kita mahu negara bebas dari gejala rasuah dan salah guna kuasa, semua pihak perlu aktif memainkan peranan masing-masing. Rasuah dan salah guna kuasa perlu dihapuskan terus dan bukan hanya cakap-cakap kosong dari agensi kerajaan yang berjanji mahu ianya dihapuskan tetapi tetap berleluasa.
Rakyat pun sudah muak mendengar isu yang kerap kali berlaku ini. Ada yang berpendapat, sekiranya dunia politik menjadi punca utama kepada perluasan rasuah, ada baiknya politik juga tidak perlu diaktifkan kerana tentu ada yang gilakan kuasa. Disebabkan mahukan kedudukan dan kesenangan serta mahu mencipta nama, mereka sanggup merasuah dan dirasuah.
Sudah beratus kes yang ditangkap membabitkan orang-orang politik yang dikaitkan dengan rasuah. Mereka menggunakan kuasa yang diberi untuk mendapatkan habuan dari orang – orang tertentu terutama untuk mendapatkan projek atau tender dari kerajaan. Sampai bila perkara ini akan berlarutan.?
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Tidak Penatkah Jabatan Imigresen Menangani Masalah PATI? Makin Ramai Bukan Makin Sedikit.