Imigresen Menangani Masalah PATI?
Sekarang ini warga asing tidak ramai lagi yang tinggal di rumah sewa kos rendah, malah, ramai juga diantara mereka yang tinggal di komdominium mewah di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 6 Dec 2024, ,9.00 malam – MALAYSIA masih lagi dibelenggu dengan masalah pendatang tanpa izin yang semakin hari semakin ramai sama ada mereka berkerja dan mempunyai dokumen atau tidak berkerja danĀ  tanpa dokumen. Sekarang ini mereka bukan sahaja berkerja sebagai buruh dan tinggal menyewa dirumah kos rendah, malah sudah ramai yang semakin senang dan tinggal di kondominium mewah disekitar ibu kota Kuala Lumpur. Persoalannya adalah, tidak penatkah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menangani masalah PATI ? Makin ramai bukan makin sikit.

Tentunya rakyat tempatan akan berfikir bahawa semua ini adalah disebabkan penguatkuasaan yang tidak cekap dan lembab atau masih terpalit rasuah yang membuatkan negara kita masih terus menerus dihujani oleh pendatang asing dari berbagai negara. Bukan sahaja menguasai berbagai kemahiran, malah ada diantara mereka sudah mempunyai perniagaan sendiri seperti kedai runcit dan kedai makan serta bengkel kereta dan motor. Tidak kurang juga kedai pakaian yang baru atau pakaian terpakai.

Agensi mana yang patut dipersalahkan? Adakah Jabatan Imigresen patut menggalas tugas untuk pembersihan warga asing ini? Atau semua agensi yang berkaitan patut dipersalahkan juga??

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Pendakwah Bukan Penghukum. Pendakwah Tiada Hak Untuk Jatuhkan Hukuman.