Kuala Lumpur, 6 Dec 2024, 4.00 petang – JAKIM bersama Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan serta NGO sekian lama telah menggerakkan program permulihan kumpulan LGBT melalui Jawatankuasa Khas berkenaan Isu LGBT beragama Islam di Malaysia.
Telah pun selesai mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bagi merangka serta memperkasa program pencegahan dan bimbingan kepada komuniti hijrah LGBT beragama Islam.
Sehingga Disember 2024 ini, seramai 2460 orang komuniti hijrah LGBT telah mengikuti program Mukhayyam atau Kem Bimbingan Spiritual ini. Ada di antara mereka yang telah menunaikan ibadah umrah dan haji, bahkan kini menjadi pembimbing kepada sahabat komuniti hijrah yang lain.
Selain itu, sehingga Disember 2024 juga, seramai 250 orang klien yang mengalami isu LGBT telah mendapatkan khidmat nasihat psikospiritual islam melalui KSKCareCentre (KSKCC) di bawah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM yang beroperasi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, rujukan oleh Klinik Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peranan NGO seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Ihtimam Malaysia dan Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) dalam menangani isu LGBT juga tidak boleh dinafikan. Mereka membantu pihak Kerajaan dengan memainkan peranan semak dan imbang dan melaksanakan program-program advokasi dan bimbingan kepada komuniti hijrah LGBT.
Semoga usaha ini diberkati Allah. Kita manusia berusaha sehabis daya, Allah jua Yang Maha Pemberi Hidayah.
@anwaribrahim_my
@datosetia_dr.naim
@drzulkiflihasan
@shamsulazri.abubakar
#Prezcom