Rakyat Malaysia Luar Biasa. Suka Demostrasi Tetapi Tidak Suka Menyertai Demostrasi - Tun Mahathir
Rakyat Malaysia bersikap luar biasa kerana tidak sering mengadakan demostrasi seperti negara lain walau pun sebenarnya mereka suka demostrasi tetapi tidak akan melakukan perkara tersebut. Disebabkan itu negara nampak aman seperti tiada masalah.

Kuala Lumpur, 5 Dec 2024, 4.00 petang – BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia bersikap luar biasa kerana tidak sering mengadakan demostrasi seperti negara lain walau pun sebenarnya mereka suka demostrasi tetapi tidak akan melakukan perkara tersebut. Disebabkan itu negara nampak aman seperti tiada masalah.aman, pelabur,

Menurut Tun Mahathir, rakyat mahukan pelabur masuk ke dalam negara kita untuk buat pelaburan, oleh itu mereka tidak menunjukkan sikap seperti memberontak yang boleh menjatuhkan imej negara kerana bimbang pelabur tidak berminat untuk melabur apabila melihat tiada kestabilan di dalam negara serta kestabilan politik dan ekonomi.

Menurut Tun Mahathir lagi, Malaysia akan kekal aman dan makmur kerana itu adalah sifat sebenar rakyat Malaysia dan ianya bukan atas faktor kerajaan sekarang tetapi kerana cintakan keamanan. Beliau juga berpandangan bahawa pelabur akan masuk untuk membuat pelaburan di negara ini.

Seterusnya Mahathir berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya tetapi tidak punya niat untuk pamerkan kekayaan sejak dari dahulu. Kini beliau hanya perlu memberi nasihat iaitu kekalkan keamanan supaya kita sentiasa dipandang tinggi oleh negara luar dan dengan itu mudah untuk menarik pelaburan.

Nasihat beliau kepada generasi muda supaya menjaga negara dan harus tampil untuk mengundi tetapi jangan sekali-kali terpengaruh dengan wang ringgit dan rasuah. Jika generasi muda tidak keluar mengundi maka negara kita akan diperintah oleh orang yang tidak layak memerintah.

Tun Mahathir sebagai berkata, generasi muda seharusnya merasa bimbang jika negara kita diperintah oleh orang yang mempunyai pemikiran jenayah dan sudah tentu ia akan menhancurkan negara.

Mengenai rancangan Tun Mahathir untuk negeri Kedah , Kelantan, Terengganu dan Perlis, Tun Mahathir berkata, apabila ada peluang untuk meningkatkan prestasi dan ekonomi, beliau akan memberi nasihat tentang peluang itu. Ini kerana empat negeri tersebut merupakan negeri – negeri yang mundur. Tun Mahathir berkata lagi bahawa beliau hanya penasihat tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Malaysia Negara Demokrasi, Berhak Bertutur Di dalam Bahasa Ibunda Masing-Masing Sebagai Bahasa Perbualan Harian