Malaysia Negara Demokrasi, Berhak Bertutur Di dalam Bahasa Ibunda Masing-Masing Sebagai Bahasa Perbualan Harian
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat bebas untuk bertutur didalam apa jua bahasa yang mereka suka tanpa halangan dan yang paling penting bahasa adalah hak peribadi sesuatu bangsa.

Kuala Lumpur, 5 Dec 2024, 12.00 tengahari – SEBAGAI sebuah negara yang berbilang kaum, tentunya banyak bahasa yang dipertuturkan sebagai salah satu alat lisan yang menghubungkan antara satu sama lain. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat bebas untuk bertutur didalam apa jua bahasa yang mereka suka tanpa halangan dan yang paling penting bahasa adalah hak peribadi sesuatu bangsa.

Tiada halangan bagi setiap kaum untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pertuturan di dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Malaysia hanya menuntut penggunaan bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu didalam perkara rasmi yang melibatkan urusan kerajaan kerana ia telah pun tercatit di dalam perlembagaan negara Malaysia. Tetapi bahasa pertuturan untuk perbualan antara satu sama lain seperti bahasa yang digunakan apabila berinteraksi di dalam keluarga dan sahabat handai, kita semua bebas untuk menggunakan apa sahaja bahasa yang kita suka terutama bahasa ibunda.

Baru-baru ini berlaku sedikit kekecohan di dalam Dewan Parlimen mengenai penggunaan bahasa pertuturan harian. Ahli  Parlimen Jelutong RSN Rayer merasa begitu tidak puas hati dengan cadangan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu Datuk Rosol Wahid apabila beliau mencadangkan supaya rakyat Malaysia dari semua kaum hanya menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu di dalam percakapan harian.

Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada petang Selasa tersebut telah menjadi panas dengan cadangan dari Datuk Rosol itu yang mahu menggunakan hanya bahasa Melayu sahaja sedangkan kaum Cina dan kaum India mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri. Rayer meneruskan dengan sedikit kata-kata iaitu parti Perikatan Nasional (PN) khususnya Rosol mempunyai masalah dengan menentang bahasa Tamil dan Cina kerana hanya mahu satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: