Berhati-hati Dengan Akaun Palsu Yang Menggunakan Logo SPRM Di Laman Tik Tok.
Penggunaan nama serta logo SPRM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah suatu tindakan yang menyalahi etika.

Kuala Lumpur, 4 Dec 2024, 9.00 malam –SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengendali akaun TikTok yang menggunakan nama dan logo rasmi SPRM tanpa ada tanda biru (blue tick) sebagai simbol pengesahan identiti.

Penggunaan nama serta logo SPRM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah suatu tindakan yang menyalahi etika, mengelirukan masyarakat dan menjejaskan nama baik serta integriti SPRM sebagai sebuah institusi kerajaan.

SPRM menyeru orang ramai agar berwaspada terhadap akaun-akaun palsu seperti ini. Bagi mendapatkan maklumat sahih, sila rujuk saluran rasmi SPRM di media sosial dan laman portal SPRM.

#SPRMMalaysia
#RasuahDihinaMaruahDibina
#taatsetia

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

6ixth Sense Hori2ontal: Meraikan Sempena 20 Tahun Pengalaman Konsert Bersejarah.