6ixth Sense Hori2ontal: Meraikan Pengalaman Konsert Bersejarah.
Kini, 6ixth Sense bakal mengadakan konsert solo yang besar dan akan mencatit sejarah buat mereka dan para peminat yang sangat merindui penampilan kumpulan ini.

Kuala Lumpur, 4 Dec 2024, 6.00 petang – 6ixth Sense, satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia muzik Malaysia, namun ia juga berjaya menjulang namanya di persada seni nusantara dengan bunyi muzik yang memukau dan unik serta sering menampilkan persembahan yang disulami dengan kreativiti. Kini, 6ixth Sence bakal mengadakan konsert solo yang besar dan akan mencatit sejarah buat mereka dan para peminat yang sangat merindui penampilan kumpulan itu. 6ixth Sense meraikan sempena 20 tahun pengalaman bersejarah sebagai anak seni yang kreatif dan unik.muzik,

6ixth Sense Hori20ntal: Celebrating 20 Years. Begitulah tajuk yang akan mengingatkan kembali perjalanan seni kumpulan ini untuk menghargai legasi selama 20 tahun menjadi anak seni. Konsert mega ini dianjurkan oleh Showtag Asia seterusnya dibawa oleh JURAGAN dan dijangkakan akan mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat. 6ixth Sense akan membawa para peminat untuk mengimbau kembali lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan anak-anak muda hampir dua dekad.

Konsert eksklusif ini akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 9 Februari ,2025. Konsert ini dijangka akan berlangsung selama dua jam. Apa yang ingin ditampilkan adalah simbolik perjalanan kumpulan ini dan ingin membawa peminat untuk terus mengenang sejarah kumpulan ini dan mahu muzik mereka dikenang buat selamanya. Bukan sahaja mahu peminat menyimpan sejarah 6ixth Sence, namun mahu mengekalkan kekuatan muzik agar boleh dikongsi sebagai satu cerita tentang pengembaraan seni mereka.

Konsep Horizontal yang dikarya kan oleh Rakus Design ini membuktikan keindahan seni yang ditampilkan disetiap konsert dimana ia turut memberi gambaran perjalanan muzik dan mencerminkan setiap detik, perasaan suka dan duka sewaktu mahu menubuhkan kumpulan di awal kerjaya anak seni .

Setiap rangkap lagu di dalam album mereka bagaikan satu cerita didalam novel. Bukan sahaja menceritakan mengenai seni dan bunyian yang sentiasa berubah mengikut perasaan ,tetapi juga menggambarkan perkembangan setiap ahli. Dari setiap album yang dihasilkan, peminat dapat merasai bahawa ahli kumpulan itu semakin matang, berkarya dan penuh dengan kesenian. Ini disebabkan penerokaan berbagai muzik secara mendalam.

6ixth Sence adalah kumpulan muzik dari Malaysia yang begitu terkenal yang dengan mengabungkan elemen pop dan rock yang unik. Mereka terdiri daripada 6 orang ahli muzik yang mempunyai bakat yang tinggi dan setiap ahli kumpulan itu mempunyai keunikan dan sentuhan sendiri di dalam setiap persembahan.

Adi Priyo Sambodo (Adi) adalah vokalis utama yang sentiasa membawakan lagu-lagu yang yang berjaya menjiwai para pendengar dengan kekuatan emosinya di dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Mohd Faiz Azizi ( Gijie) iaitu pemain keyboard yang mencipta dan menambah lapisan melodi yang harmoni pada bunyi di dalam persembahan mereka. Zairul Azreen Shah ( Harry ) gitaris utama yang memberikan riff dan solo yang menarik. Shahrul Effendy ( Athan) Gitaris kedua yang menyempurnakan melodi rithma. Safuan Hasnan (Wan) pemain drum yang yang memberikan rentak dan tenaga pada setiap persembahan. Mohd Fairos ( Ayoy ) pemain bass yang memastikan asas muzik mereka kukuh dengan garisan bass yang mantap. Dengan gabungan pemuzik yang cemerlang dan mantap, mereka berjaya mencipta pengalaman muzik yang harmonis dan dinamik untuk memikat peminat dengan kreativiti dan keserasian di didalam kumpulan mereka.

Nama 6ixth Sense ini dipilih secara teliti khas untuk menggambarkan keupayaan luar biasa yang disampaikan dengan alunan muzik penuh intuisi. 6ixth Sence diinspirasikan oleh filem Ikonik M. Night Shyamalan. Nama tersebut mencerminkan hubungan mendalam antara kumpulan dan seni. Atas inspirasi itu lah, 6ixth Sence berusaha untuk melangkaui batas muzik convensional dan menyentuh ruang-ruang emosi yang tidak kelihatan.

Converse Malaysia bakal memberikan voucer eksklusif kepada peminat yang mempunyai tiket konsert ini. Inisiatif ini bukan sahaja sebagai tanda perhatian dan kerjasama dari Converse, tetapi juga sebagai buah tangan istimewa buat penonton yang hadir.

Jualan tiket akan dibuka mulai 3 Disember 2024, jam 10.00 pagi di www.ticket2u.com.my/HORI2ONTALSIXTHSENSE.

Maklumat Harga Tiket:
Tanpa:  RM189.00 ( berdiri)
Bintang:  RM259.00 ( tempat duduk )
Wajah:  RM229.00 ( tempat duduk )
Memories – VIP Box:  RM6000 ( untuk 10 orang )
Flowers – Pakej Pasangan:  RM365.00 ( untuk 2 orang )

Penganjur:  SHOWTAG ASIA
DIbawa Oleh:  JURAGAN
Rakan Kreatif:  RACUS STUDIO
Rakan Pakaian Rasmi: CONVERSE MALAYSIA
Rakan Radio :    Rasmi: ERA, FM, SINAR FM, GEGAR FM
Rakan Media Digital:   GEMPAK
Rakan Strategik:  SOUND INNOVATIONS
ANTS & BEES
QUENNAL SOLUTION
OPR NETWORK

Penaja: IBIS HOTEL KL