Sultan Ibrahim Tidak Mahu Terus Berdukacita Dengan Insiden Yang Berlaku Di UPNM.
Baginda mengetahui akan peranan latihan di dalam ketenteraan itu perlu ketegasan yang tinggi dan keras untuk mendidik dan mendapatkan sosok seorang para pegawai tentera yang kental, berdisiplin dan tegas namun, tidak perlu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Kuala Lumpur, 3 Dec 2024, 12.00 tengahari – SULTAN Ibrahim telah bertitah bahawa Panglima serta Komandan yang menggalas tugas di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM ) perlu mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan sekiranya tidak mampu untuk mengawal keadaan terutama yang melibatkan penderaan sehingga kehilangan nyawa dikalangan para pelajar mereka. Baginda tidak mahu terus berdukacita dengan insiden yang berlaku dan mahu ia dihentikan sepenuhnya tanpa berulang lagi.

Baginda menggesa supaya pihak pengurusan lebih fokus kepada tugas dan mula memperbaiki imej universiti itu ekoran dari beberapa insiden buruk yang berlaku sejak dari dahulu dan ia semakin menjadi -jadi semenjak akhir-akhir ini.

Baginda juga merasa amat dukacita di atas kejadian yang menimpa pegawai-pegawai kadet yang telah meninggal dunia dan mengalami kecederaan parah akibat di buli dan dipergunakan untuk kepentingan peribadi oleh pegawai yang lebih senior.

Baginda mengetahui akan peranan latihan di dalam ketenteraan itu perlu ketegasan yang tinggi dan keras untuk mendidik bagi mendapatkan sosok seorang pegawai tentera yang kental, berdisiplin dan tegas namun, tidak perlu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Apa yang membimbangkan baginda adalah, peristiwa membuli atau lebih dikenali sebagai penderaan ini, dilihat terus berlaku di pusat pengajian tinggi tersebut. Seolah-olah kejadian itu tidak di ambil berat walau pun terdapat kes yang telah sampai ke peringkat mahkamah sebelum ini tetapi tidak dijadikan iktibar.

Baginda memberi peringatan kepada Panglima dan Komandan UPNM supaya meletakkan jawatan sekiranya tidak sanggup menjalankan tugas seperti yang di amanahkan dan gagal mengatasi masalah.

Selain itu baginda juga bertegas seandainya masih berlaku insiden yang sama, secara terang baginda bertitah agar namanya tidak dikaitkan dengan Universiti itu lagi. Pengurusan UPNM harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk meletakkan jawatan.

UPNM tidak mungkin akan menjadi sebuah universiti pertahanan yang utama dan terbaik dirantau ini seperti yang diilhamkan jika perkara buruk seperti penderaan mental dan fizikal sering berlaku. Bagaimana ia boleh dilihat dan dinilaikan baik untuk menguruskan pelajar di dalam jurusan ketenteraan sekiranya didapati pernah berlaku kematian akibat didera.

Amat benarlah dengan titah Sultan Ibrahim, Panglima dan Komandan serta pengurusan perlu meletakkan jawatan sekiranya gagal di dalam mentadbir universiti pertahanan ini dengan baik.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Amaran Keras Oleh Pihak Polis Dan JPJ Terhadap Individu Yang Membenarkan Kenderaan Dipandu Warga Asing Tanpa Lesen