Peruntukan RM50 juta Untuk Terengganu Dan Kelantan Sebagai Tambahan Bantuan Banjir.
Sebelum ini Kelantan dan juga Terengganu telah diperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi setiap negeri yang bertujuan untuk membantu mangsa banjir di kedua-dua negeri tersebut menerusi peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Kuala Lumpur, 3 Dec 2024, 9.00 malam – DUA negeri yang dilanda banjir yang amat teruk iaitu Kelantan dan Terengganu telah menerima peruntukkan yang disalurkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebagai tambahan iaitu sebanyak RM25 juta setiap negeri bagi membaiki infrastruktur asas seperti jalan dan pembentung, termasuk menaikkan aras jalan di Hulu Besut.

Sebelum ini Kelantan dan juga Terengganu telah  diperuntukkan kira-kira RM50 juta bagi setiap negeri yang bertujuan untuk membantu mangsa banjir di kedua-dua negeri tersebut menerusi peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan menambah lagi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu RM25 juta peruntukan tambahan bagi tujuan membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah serta kerja-kerja pasca banjir yang dijangka akan menggunakan perbelanjaan yang tinggi.

Selain dari itu kerajaan persekutuan turut bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam negeri Terengganu. Kos tersebut melibatkan keseluruhan peruntukan iaitu sebanyak RM7.4 juta.

Perdana Menteri meminta supaya negeri lain tidak timbul salah faham sekiranya berlaku penerimaan yang tidak sama kerana kerajaan persekutuan sedang mengikuti perkembangan dan menilai keperluan yang tepat dan menjangkakan kemungkinan negeri-negeri lain yang terlibat banjir akan memerlukan anggaran RM1 billion jika dilihat pada kerugian yang dialami.

Pada masa yang sama beliau berkata, tiada keperluan untuk membuat pengisytiharan darurat walaupun keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan dilihat begitu teruk dan semakin serius.

Banjir kali ini agak luar biasa berbanding dengan sebelum ini namun, menurut perdana menteri, seluruh jentera pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seluruh jentera Persekutuan, negeri dan daerah dilihat mampu mengawal keadaan dan boleh mengatasi masalah bencana ini dengan baik.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

JPJ Menafikan Hebahan Palsu Di Tik Tok Mengenai Mendapatkan Lesen Memandu Tanpa Ujian.