
Kuala Lumpur, 3 Dec 2024, 4.00 petang – TERSEBAR di laman Tik Tok mengenai sebuah pengiklanan yang menggunakan nama ‘@lesenmemandu_my’ telah membuat hebahan berkenaan mendapatkan lesen memandu tanpa ujian. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menafikan hebahan palsu ini dan memandang ia sebagai satu perkara yang serius.
Menerusi laman Tik Tok tersebut, beberapa tawaran telah dibuat kepada orang ramai iaitu boleh memilih kelas lesen bagi permohonan lesen tanpa ujian, lesen memandu yang diterima adalah sah dan direkod dalam sistem JPJ.
Menurut JPJ, ini merupakan sindiket lesen terbang dan telah menjalankan siasatan termasuk membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia ( SKMM ) .
Oleh itu JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan tersebut dan terus menghubungi pihak JPJ untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
#Prezcom
Lebih Banyak ,Berita: