Pempengaruh Media Sosial Dan Pengusaha Kosmetik Digalakkan Membantu Mangsa Banjir.
Diharap lebih ramai pempengaruh, usahawan kosmetik dan artis tampil untuk beri bantuan kepada mangsa banjir.

Kuala Lumpur, 2 Dec 2024, 9.00 malam – SEMOGA akan ada lebih ramai lagi influencer atau golongan yang terkenal di Malaysia seperti artis atau pengusaha kosmetik tampil untuk memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir dan negeri-negeri yang dilanda banjir yang boleh dikatakan antara paling buruk di dalam sejarah negara. Fenomena alam kali ini agak luar biasa kerana hampir seluruh negara didunia menghadapi bencana banjir yang teruk dengan kemusnahan harta benda melebihi 80%.

Diantara usahawan kosmetik yang turun menjadi sukarelawan bantuan banjir adalah, Iqbal Zulkefli yang merupakan anak jati negeri Kelantan. Azam yang kuat oleh pemuda dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak akan membiarkan kampung halamannya ditimpa kesedihan dan berusaha untuk menyalurkan makanan dan peralatan lain kepada mereka yang telah kehilangan harta benda akibat banjir.

Usahawan popular, Khairul Aming juga turut mengabdikan diri untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. Pengasas Sambal Nyet itu telah mbuat agihan 1,200 pek nasi dan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pasir Mas. Pada masa yang sama beliau menggalakkan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan hanya memberi barangan keperluan sahaja kerana beliau tidak akan menerima wang tunai.

Golongan artis atau pempengaruh di media sosial merupakan orang yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat walau dimana mereka berada. Tugas mereka bukan sahaja menjadi sebagai penghibur kepada masyarakat dan sebagai guru atau ikutan malah, mereka juga perlu mengembeling tenaga untuk membantu apabila diperlukan. Tugas-tugas sukarela sememangnya digalakkan dikalangan orang-orang ternama kerana ia merupakan salah satu cara untuk orang biasa mendekatkan diri kepada mereka.

Mengenal pasti masalah orang-orang biasa adalah sesuatu yang baik kerana ini membolehkan kedua-dua pihak berkongsi berbagai perkara dan mengambil berat diantara satu sama lain.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sampah Yang Dikutip Bakal Dikitar Semula Menjadi Perabot. – Kementerian Pendidikan Tinggi.