Kuala Lumpur, 1 Dec 2024, 12.00 tengahari – SEWAKTU era pentadbiran Najib Razak sebagai perdana menteri, rakyat berbilang kaum dan berbagai parti politik telah menuduh beliau sebagai seorang perdana menteri kleptokrat yang dikatakan mencuri harta negara walaupun tiada bukti atas tuduhan yang dilemparkan namun diatas kebijaksanaan pembangkang waktu itu yang berjaya menghasut rakyat sehingga Barisan Nasional iaitu parti yang memerintah Malaysia selama 60 tahun tumbang akibat fitnah terutama mengenai isu 1 MDB. Bukan setakat itu sahaja malah, bekas perdana menteri Najib Tun Razak juga telah dihukum penjara sehingga kini disebabkan skandal 1MDB yang melibat banyak pihak diseluruh negara.
Sebelum itu, di waktu era Tun Mahathir Mohamad perdana menteri ke empat negara menjadi pentadbir, beliau juga dikritik oleh rakyat dengan tuduhan mengayakan kroni dan keluarga serta digelar seorang yang mahazalim kerana telah berjaya memenjarakan dan memusnahkan karier beberapa orang timbalan perdana menteri dan diantaranya adalah perdana menteri dihari ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai tuduhan. Selain dari itu beliau juga dituduh menjadi dalang pengerak kepada kemusnahan reputasi Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-enam.
Selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU-14, Mahathir sekali lagi diangkat sebagai perdana menteri buat kali ke dua iaitu perdana menteri Malaysia yang ke tujuh yang ketika itu menjadi pemimpin kerajaan pakatan harapan iaitu yang dianggotai oleh DAP, Bersatu dan PKR, namun hanya bertahan beberapa bulan sahaja kerana telah dikhianati oleh langkah Shereton yang diketuai oleh salah seorang Ahli Parlimen yang menghadapi beberapa kontroversi dan skandal.
Selepas era Tun Mahathir sebagai perdana menteri yang ke tujuh, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pertukaran kerajaan hasil dari langkah Shereton yang di atur dan di rancang. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang Ke sembilan. Semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, seluruh dunia telah diserang oleh pendemik covid-19 dan disebabkan itu, tidak banyak prestasi tugas yang dapat dipersembahkan kepada rakyat. Walaupun begitu, berbagai bantuan juga dapat disalurkan kepada rakyat. Tidak lama kemudian beliau meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik nya sendiri.
Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai perdana menteri ke lapan, Malaysia sekali lagi menerima perdana menteri yang baharu dan yang ke sembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kanan di dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sewaktu Ismail Sabri menjawat jawatan sebagai perdana menteri banyak perkara dapat dilaksanakan sebagai contoh membanteras kegiatan kartel yang menguasai pasaran runcit dan memberi peruntukkan kepada setiap Parlimen. Perkara tersebut merupakan perkara yang paling dikenang oleh ramai Ahli Parlimen baik dari pembangkang mahu pun Ahli Parlimen kerajaan. Beliau juga tidak lama di dalam memegang tampuk pemerintahan selepas Barisan Nasional tewas di dalam PRU 15. Sewaktu pentadbiran Ismail Sabri beliau mendapat tentangan dari kalangan ahli Umno sendiri apabila beliau dituduh tidak mahu membantu pembebasan bekas perdana menteri Najib Razak dari penjara.
Kini, kita semua berada di era pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim perdana menteri yang ke sepuluh. Beliau lebih dikenali sebagai PMX. Pernah dipenjarakan beberapa tahun di atas beberapa pertuduhan tetapi diberi pengampunan dari Yang Dipertuan Agong ketika itu iaitu Sultan Kelantan hasil usaha Tun Mahathir yang memerlukan khidmat beliau ketika itu di dalam pentadbirannya sebagai perdana menteri ke tujuh. Anwar dikenali oleh rakyat sebagai seorang pemimpin yang mungkir janji apabila banyak manifesto yang digariskan olehnya di dalam Pru-15 tidak dapat disempurnakan atau tidak buat langsung. Baru-baru ini sebuah badan NGO yang dinamakan BERSIH telah membuat penilaian terhadap perdana menteri dan Kerajaan Perpaduan dari sejak memulakan pentadbiran sehingga kini.
BERSIH hanya memberikan gred D didalam keseluruhan pemerintahan sepanjang dua tahun kerana banyak yang digariskan di dalam manifesto pilihan raya yang lalu tidak dilaksanakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun BERSIH berjanji akan cuba membantu di dalam melaksanakan apa yang tertangguh. BERSIH telah menamakan bekas perdana menteri ke sembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri terbaik sejak tahun 2009.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: