Sultan Selangor Membuat Teguran Kepada Mohamad Sabu Berhubung Cadangan Pertukaran Nama Universiti Putra Malaysia.
Baginda telah bertitah bahawa tidak perkenankan pertukaran nama Universiti Putra Malaysia kepada nama lain kerana baginda dan Pengurusan UPM tidak dirujuk terlebih dahulu dan dimaklumkan mengenai cadangan tersebut.

Kuala Lumpur, 30 Nov 2024, 9.00 malam, – KE-BAWAH Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Idris Shah, telah bertitah bahawa baginda tidak perkenan sebarang cadangan atau pertukaran nama Universiti Putra Malaysia ( UPM ) ditukar kepada nama asal universiti tersebut iaitu Universiti Pertanian Malaysia. Baginda telah membuat teguran kepada menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Muhamad Sabu kerana perkara tersebut tidak dirujuk kepada baginda iaitu selaku Canselor Universiti Putra Malaysia dan juga kepada Lembaga Pentadbiran Universiti Putra terlebih dahulu

Perkara tersebut telah mendatangkan rasa dukacita kepada baginda kerana baginda adalah insan yang telah telah menjenamakan dan seterusnya melancarkan ‘Putra’ yang membawa maksud ‘ Pertanian Untuk Rakyat’. Baginda juga bertitah dengan mengatakan bahawa Universiti Putra Malaysia tersebut diambil sempena nama perdana menteri yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Oleh yang demikian, baginda telah menegaskan bahawa nama Universiti Putra Malaysia hendaklah dikekalkan. Pada masa yang sama, baginda turut mengingatkan kepada semua dan individu tertentu supaya merujuk kepada sejarah terlebih dengan membaca dan mengkaji fakta terutama mengenai Universiti Putra Malaysia.

Semalam media melaporkan, menteri KPKM Datuk Seri Mohamad Sabu bercadang akan membawa usul ke Kabinet supaya Universiti Putra Malaysia ditukar semula kepada nama asalnya Universiti Pertanian Malaysia memandangkan Malaysia kini menumpukan untuk membuat kemajuan di dalam bidang pertanian.

Universiti Pertanian Malaysia ditukarkan kepada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1997 kerana Universiti itu telah mengwujud berbagai fakulti terutama di dalam bidang sains dan teknologi maklumat. Sehingga kini Universiti tersebut telah pun mempunyai 14 fakulti dan masih mengekalkan program berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan serta program pertanian pintar.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: