Apa Guna Turun Harga Kalau Ianya Tidak Berkualiti Dan Mungkin Akan Naik Harga Kembali?
Rakyat Mahu Beras Putih Tempatan Yang Berkualiti Seperti Dahulu. Tidak Hirau Tentang Harga Beras Import Yang Turun Harga.

Kuala Lumpur, 30 November 2024, 6.00 petang – RAKYAT mahukan supaya beras putih tempatan dikembalikan ke pasaran seperti dahulu. Tugas ini adalah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan perlu menyelesaikan isu ini serta membanteras kartel beras yang dikatakan wujud oleh kementerian berkenaan dengan secepat mungkin. Apa Guna turun harga kalau ianya tidak berkualiti dan mungkin harga akan naik kembali?

Isu kekurangan beras tempatan dipasaran dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang meletakkan kesalahan kepada KPKM kerana gagal mengenal pasti kegiatan kartel yang menjadi penyebab kekurangan beras tersebut dan kualiti yang sangat rendah.

Menurut Hassan, kualiti beras yang tidak bermutu datang dari benih padi yang tidak berkualiti namun terpaksa dibeli oleh para pesawah kerana mahukan subsidi ? Pesawah perlu membeli benih padi yang dibekalkan jika mahu subsidi dari kerajaan??

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Misi Bantuan Banjir Oleh DS Zahid Hamidi Yang Membawa Seribu Erti Kepada Negeri Kelantan.