Misi Bantuan Banjir Oleh DS Zahid Hamidi Yang Membawa Seribu Erti Kepada Negeri Kelantan.
Rombongan dari wakil kerajaan pusat itu sudah pasti datang bersama bantuan dan keperihatinan mereka terhadap banjir yang melanda negeri itu.

Kuala Lumpur, 30 Nov 2024, 12.00 tengahari – LAWATAN Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi Nadma Malaysia, memberi satu kelegaan buat pemimpin dan rakyat Kelantan kerana ternyata rombongan dari wakil kerajaan pusat itu sudah pasti datang bersama bantuan dan keperihatinan mereka terhadap banjir yang melanda negeri itu. lawatan Yang membawa seribu erti buat negeri Kelantan sebagai tanda kasih sayang dari pemimpin terhadap rakyat Kelantan.

Ahmad Zahid telah meninjau keadaan banjir dibeberapa pusat pemindahan sementara mangsa sambil mendengar taklimat yang disampaikan oleh daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan, Ir Ts Gs Dr Siti Fairus Zakaria mengenai status aras air semasa di Menara Tinjau Sungai Kelantan.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menghantar khemah untuk semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Kelantan kerana didapati tidak mencukupi memandangkan ramai dikalangan pendudukan yang terjejas banjir membuat aduan tidak mendapat khemah untuk bermalam bersama keluarga.

Turut hadir bersama Ahmad Zahid untuk meninjau keadaan mangsa banjir adalah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Ahmad Zahid turut mengarahkan lebih 7,000 pegawai dan anggota keselamatan serta aset sebagai bantuan dan gerakan untuk menyelamat sejak lapan hari lalu. Aset yang dihantar untuk tujuan bantuan adalah, trak tentera berat tanpa muatan (BTM) tiga tan, lima tan dan 10 tan.

Sikap Timbalan Perdana Menteri ini dipuji kerana dilihat ingin memberi bantuan dengan seikhlas hati tanpa mengira fahaman politik yang berlainan dan tidak menyebut atau war-warkan atau membuat publisiti untuk menarik perhatian orang ramai bagi membuat bantuan kerana negeri Kelantan adalah negeri pembangkang. Sebagai seorang pemimpin negara, tidak seharusnya menunjukkan sikap tidak puas hati kerana terpaksa membantu negeri yang menjadi seteru kepada kerajaan pusat.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

PROGRAM IHTIFAL PERMATA MAIWP & MAIWP KIDS ZON SETAPAK 2024.