Kuala Lumpur, 29 Nov 2024, 4.00 petang – BANK Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi atau memberi ‘tumpang’ akaun kepada individu lain walaupun dengan orang yang rapat atau dengan orang yang anda tidak kenali. Perlu diingatkan kepada masyarakat supaya berwaspada dengan sindiket akaun tumpang atau akaun kaldai yang digunakan oleh beberapa sindiket yang aktif menipu orang ramai bagi menjalan aktiviti mereka.
Biasanya golongan yang di dalam keadaan terdesak memerlukan wang akan mudah terpedaya dengan tawaran ini tanpa disedari. Golongan pelajar dan belia di dalam lingkungan usia antara 20 hingga 30 tahun adalah di antara yang didapati terpengaruh dengan mudah dengan sindiket ini kerana mereka dilihat lebih banyak memerlukan wang untuk berbagai kegunaan.
Tidak kurang juga golongan individu yang berpendapatan rendah yang turut terjebak kerana desakan hidup sama ada ia dilakukan di dalam keadaan sedar atau tidak. Kehidupan di bandar besar terutamanaya sangat menuntut perbelanjaan yang tinggi, oleh itu apa sahaja tawaran yang boleh mendatangkan kewangan kepada mereka akan diikuti tanpa berfikir lebih panjang. Ini amat merbahaya kerana tindakan itu akan menyebabkan akaun dibekukan atau mungkin juga akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.
Anda boleh didakwa atas kesalahan membantu menyembunyikan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya. Ini kerana, tindakan itu akan menyebabkan akaun dibekukan atau mungkin juga akan berdepan tindakan undang-undang yang lebih keras sekiranya didapati bersalah.
Polis Diraja Malaysia juga sedang memperkasakan siasatan dan penguatkuasaan terutama bagi kes tipu dalam talian berikutan pindaan Undang-Undang Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang berkuatkuasa pada 20 Oktober lalu. Pindaan Akta 574 dan 593 kekang kegiatan keldai akaun dari berleluasa.