Sejuta Petisyen Tandatangan Supaya King Sing Dipecat????
Tiong King Sing yang diminta untuk melepaskan jawatan oleh segelintir rakyat dengan mengadakan petisyen untuk mengumpul tandatangan supaya King Sing dipecat atau meletakkan jawatan????  

Kuala Lumpur, 29 Nov 2024, 12.00 tengahari – MASIH lagi dengan kisah Menteri Pelancongan Malaysia Tiong King Sing yang diminta untuk melepaskan jawatan oleh segelintir rakyat dengan mengadakan petisyen untuk mengumpul tandatangan supaya King Sing dipecat atau meletakkan jawatan???. Perkara ini telah di papar di dalam laman tiktok dan rata – rata warganet memberi komen ada yang setuju dan ada yang berkata semua keputusan terletak ditangan perdana menteri.

Perkara ink berlaku akibat dari kenyataannya tempoh hari yang mahu papan tanda di jalan raya di tulis di dalam bahasa Mandrin bagi memberi kemudahan kepada pelancong dari China untuk membaca dan seterusnya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) yang mengeluarkan arahan supaya semua papan tanda di tulis di dalam bahasa Malaysia.

Tiong King Sing juga di labelkan sebagai seorang menteri yang tidak memahami Perlembagaan negara dan kerana bagaikan tidak boleh menerima hakikat bahawa bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu. King Sing juga diingatkan supaya tidak cuba untuk menukar identiti Malaysia sebagai sebuah negara China kecil dan menjadikannya rumah ke dua untuk warga China.

Tiong King Sing juga terkenal dengan menteri yang sering menimbulkan kontroversi diantaranya melakukan kekecohan di Kaunter Imigresen KLIA kerana mahu membenteras rasuah sewaktu proses ketibaan pelancong. King Sing seharusnya menyalurkan maklumat sekiranya terdapat unsur rasuah kepada pihak SPRM dan bukannya bertindak sendiri.

Selain dari itu, King Sing juga pernah bersikap tidak senonoh apabila didapati mabuk di dalam satu acara awam semasa kempen pilihan raya kecil di Pelangai, Pahang dahulu. Beliau sendiri telah menunjuk sikap yang buruk dikhalayak ramai dan tidak salah jika ada pihak yang mengecam perbuatannya yang menjatuhkan imej dirinya sebagai seorang menteri di Malaysia.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Festival Idea Putrajaya Landasan Percambahan Pemikiran Madani – Perdana Menteri.