Mesej Antirasuah Oleh SPRM Merupakan Amaran Mereka Tidak Akan Berkompromi.
Usaha murni SPRM ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari setiap jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang bertekad untuk bersama-sama membasmi kegiatan rasuah

Kuala Lumpur, 28 Nov 2024, 4.00 petang – SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan misi menyebar secara meluas mesej antirasuah bagi membersihkan gejala rasuah di setiap jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta dan juga syarikat-syarikat korporat ternama di dalam negara. Mesej antirasuah ini merupakan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak di dalam isu rasuah.

Usaha murni SPRM ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari setiap jabatan kerajaan dan syarikat swasta yang bertekad untuk bersama-sama membasmi kegiatan rasuah yang ternyata merosakkan imej jabatan dan mendatangkan kerugian serta menjadi cemuhan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja jabatan kerajaan dan swasta sahaja sering dikaitkan dengan rasuah, malah terdapat kakitangan masjid juga terlibat rasuah. Disebabkan semua sektor banyak terlibat dengan gejala tidak sihat ini, maka SPRM telah mengatur beberapa langkah dan perancangan termasuk terjah bagi mendapatkan bukti untuk didakwa.

Seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, baginda berazam untuk membersihkan bumi Malaysia ini dari kegiatan rasuah dan nekad yang tinggi oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, memerangi rasuah hingga ke akar umbi, oleh itu SPRM telah membuka langkah seluasnya untuk melaksanakan apa yang diperintah.

SPRM menggunakan dua pendekatan utama dalam mendidik masyarakat mengenai rasuah iaitu:

Program bersemuka
Konvensyen/Forum
Diskusi Meja Bulat
Bengkel/Seminar
Pameran
Ceramah/Taklimat
Program Turun Padang/Lawatan
Hebahan mesej melalui saluran media
Facebook SPRM
Instagram SPRM
Twitter SPRM
TikTok SPRM
Radio MACC.fm
Paparan Informasi (Billboard)

Walau apa pun cara bagi membanteras kegiatan rasuah, rakyat Malaysia perlu memberi kerjasama yang padu dengan melaporkan sekiranya mengetahui adanya aktiviti rasuah disekeliling kita.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

BN Tak Perlu Jadi Seperti Pepatah Melayu. ” Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong.