Barisan Nasional disarankan tidak menjadi seperti pepatah Melayu ” Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong” apabila ada cadangan supaya DAP menyerahkan sekurang-kurang lima Kerusi Parlimen kepada BN.

Kuala Lumpur, 28 Nov 2024, 12.00 tengahari – BARISAN Nasional (BN) disarankan tidak menjadi seperti pepatah Melayu ” Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong” apabila ada cadangan supaya DAP menyerahkan sekurang-kurang lima Kerusi milik mereka atau mana-mana kerusi kepada BN untuk dipertandingkan atas tiket BN pada PRU-16 nanti. Jangan jadi seperti pengemis. Prestasi BN di kawasan Wilayah Persekutuan amat mengecewakan. Walau bagaimanapun tidak salah untuk mencuba.

Secara umumnya telah pun diketahui bahawa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan kubu yang kuat untuk DAP dan sedikit kekuatan dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR ). Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh beberapa Ahli Parlimen dari DAP baru-baru ini, mereka dengan tegas bersuara bahawa mereka tidak akan menyerahkan mana-mana Kerusi milik mereka kepada BN.

Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok berkata, beliau yakin BN sendiri menyedari bahawa peluang untuk parti itu menang di dalam PRU-16 memang tipis memandangkan kawasan WP dipenuhi oleh penyokong Pakatan Harapan ( PH ). Sebagai bukti kekalahan hampir semua kerusi yang dipertanding oleh BN dikawasan tersebut pada PRU-14 dan PRU-15 yang lalu.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, akan mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi bersama kepimpinan gabungan parti apabila hampir PRU – 16 nanti, dan akan memastikan tiada pertindihan kuasa atau calon. Namun ia tetap dilihat tidak akan mempengaruhi keputusan DAP untuk tidak menyerahkan kerusi milik mereka kepada BN.

Alasan lain mungkin juga perasaan tidak suka DAP kepada BN kerana sejak begitu lama BN merupakan musuh ketat kepada DAP terutama parti MCA. Namun, apa pun alasannya, prestasi MCA dilihat tidak menyakinkan parti gabungan Kerajaan Perpaduan terutama DAP untuk meraih kemenangan di PRU-16 nanti. Walau bagaimana pun kesemua Ahli Parlimen DAP berkenaan menyerahkan kepada kepimpinan parti dan gabungan Kerajaan Perpaduan untuk membuat keputusan yang terbaik.

Walaupun kini BN merupakan sebahagian dari Kerajaan Perpaduan, tetapi jika dilihat kepada sentimen pengundi di kawasan WP, ia tetap memihak kepada calon DAP kerana kepercayaan mereka terhadap wakil dari DAP dapat memperjuangkan nasib mereka terutama kaum Cina. Apa yang lebih penting untuk pengundi kaum Cina adalah, pembangunan yang diperlukan oleh masyarakat berkenaan dan perkara tersebut dapat direalisasikan oleh wakil DAP yang dilihat lebih cenderung mementingkan ekonomi dan pembangunan berbanding kaum lain.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Apa Akan Berlaku Kepada Lima Pegawai Kadet Yang Diberhenti Dari Perkhidmatan?