Putrajaya Dalam Perancangan Untuk Dijadikan "City Of Ideas - Zambry.
Festival Idea Putrajaya akan dijadikan sebagai acara tahunan dan juga menjadikannya sebagai Bandar Pemikir atau the City Of Ideas.

Kuala Lumpur, 27 Nov 2024, 9.00 malam – KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi, sedang di dalam usaha untuk menjadikan Festival Idea Putrajaya sebagai acara tahunan dan juga menjadikannya sebagai Bandar Pemikir atau ‘The City Of Ideas.’

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kerajaan Madani dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhasrat untuk mengekalkan tradisi mencari ilmu dengan cara  mencerahkan minda yang menumpukan di satu kawasan sahaja untuk meraih ilmu pengetahuan yang tinggi terutama di kalangan para pelajar dan remaja.

Menurut Zambry, perdana menteri telah pun menyatakan kesanggupannya untuk menjadikan program ini sebagai mercu tanda kerana Festival Idea Putrajaya ini boleh disertai oleh mana-mana golongan dan mampu menyatukan semua pihak bukan sahaja dari kalangan orang terpelajar di negara kita malah, orang dari luar negara juga.

Beliau telah menyatakan perkara ini kepada wartawan pada 27 November semasa merasmikan pembukaan program Festival Of Ideas Putrajaya selama tiga hari bermula dari 27 sehingga 29 November di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Semasa ucapan alu-aluannya, beliau berkata, landasan untuk “tabung pemikiran’ ini akan diperkenalkan di dalam program- program yang dianjurkan  untuk masyarakat dan seterusnya akan dikongsi dan dilihat sebagai salah satu pemikiran yang dizahirkan oleh kerajaan Madani yang sentiasa makmur.

Buat masa ini, Bank Of Ideas atau Tabung Pemikiran hanya boleh didapati di Festival Of Ideas iaitu di Putrajaya sahaja tetapi dimasa akan datang, kerajaan bercadang untuk membangunkan mekanisme yang membolehkan ia beroperasi di dalam jangka masa panjang. Buat masa ini, ia hanya sebagai satu tarikan untuk festival atau program.

Beliau menambah lagi, sumbangan dari semua bahagian dan pertubuhan amat digalakkan dan setiap orang boleh memberi idea yang berkesan dan ianya bukan hanya datang dari para cendikiawan atau golongan bijak pandai sahaja.

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, berbagai program telah dirancang. Antaranya satu kursus akan diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan dalam menjaga etika dan menjadikan ia lebih berdaya saing. Krusus ini akan merangkumkan berbilang masyarakat dan memasukkan segmen mencari peluang perkerjaan yang mensasarkan 10,000 jawatan kosong akan ditawarkan.

Purtajaya Festival Of Ideas merupakan satu inisiatif untuk melahirkan buah fikiran yang popular dalam pendidikan tinggi pada skala yang besar dan pada masa yang sama mempromosikan Malaysia sebagai pusat serantau para intelek yang arif tentang wancana dan berinovasi.

Lebih dari 2000,00 peluang jawatan kosong telah ditawarkan sepanjang festival diadakan. Disini juga, orang ramai dipertemukan dengan berbagai golongan individu Yang terdiri daripada pakar-pakar dari berbagai bidang, pemikir, pemimpin, ahli akademik dan para pemain industri serta orang ramai untuk berkongsi pendapat dan penyelesaian terutama didalam keadaan semasa yang kian mencabar ini.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

DAP Tidak Akan Menyerahkan Kesemua Kerusi WP Yang Dimenangi Kepada BN.