DAP Tidak Akan Menyerahkan Kesemua Kerusi WP Yang Dimenangi Kepada BN.
Parti itu tidak bercadang untuk melepaskan mana-mana kerusi milik mereka yang dimenangi sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu kepada parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan. Kredit – freeMalaysiaToday

Kuala Lumpur, 27 Nov 2024, 12.00 tengahari – MENURUT seorang Ahli Parlimen DAP, parti itu tidak bercadang untuk melepaskan mana-mana kerusi milik mereka yang dimenangi sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu kepada parti lain di dalam Kerajaan Perpaduan sambil berkata Barisan Nasional ( BN ) juga sedar bahawa mereka tidak akan menang di mana-mana kawasan yang telah dimenangi oleh parti itu. Ahli Parlimen yang mengeluarkan kata-kata tersebut adalah, Teresa Kok, Tan Kok Wai dan Fong Kui Lun.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, akan ada perbincangan pengagihan kerusi antara parti di dalam gabungan kerajaan apabila menjelang PRU akan datang dan turut memfokuskan lima kerusi untuk BN dan akan memastikan tidak akan ada pertindihan calon yang akan berlaku di antara BN dan wakil dari parti lain. Pada masa yang sama, menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, beliau yakin BN juga tidak berminat untuk mengambil alih kerusi DAP memandangkan peluang untuk wakil dari BN menang adalah amat tipis.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 Kerusi Parlimen dan 5 daripadanya diwakili oleh DAP iaitu ( Kepong , Segambut, Bukit Bintang dan Cheras), lima oleh PKR iaitu, ( Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai) manakala 1 oleh BN iaitu Titiwangsa dan 1 oleh Ahli Parlimen Bebas ( Labuan) dan yang terakhir oleh Ahli Parlimen Putrajaya iaitu Ahli Parlimen dari PN.

Menurut Tan Kok Wai, pada PRU yang lalu, BN kalah dihampir semua Kerusi Wilayah Persekutuan kecuali Titiwangsa. Pada pandangan beliau kemenangan Johari Abdul Ghani di Kerusi tersebut adalah disebabkan reputasi peribadi yang baik manakala calon BN yang lain hilang wang deposit.

Tan Kok Wai menambah lagi, pengagihan kerusi dikawasan yang dikuasai oleh DAP terutama di Kuala Lumpur patut dikecualikan dari rundingan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan kubu kuat PH dan akan mempertahankan kesemua kerusi mereka tetapi akan menyerahkan kepada kepimpinan PH dan BN untuk membuat keputusan supaya kesemua parti gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan tidak berpecah dan perjalanan gabungan parti akan berjalan lancar.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA: TITAH DIRAJA. PEMBAHARUAN IDEA PEMBANGUNAN.