Semoga Dipermudahkan Urusan Datuk Seri Vida Untuk Menyelesaikan Masalah Peribadinya.
Vida menaruh harapan yang tinggi agar beliau diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan masalah ini tanpa ada gangguan dan profesional.

Kuala Lumpur, 26 Nov 2024, 12.00 tengahari – DATUK Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, yang juga Usahawan Kosmetik terkenal di negara kita, telah membuat satu kenyataan melalui akaun media sosial miliknya bahawa beliau telah pun melantik seorang peguam untuk membantu menyelesaikan isu berkaitan kediaman dan empat kenderaan mewah milik beliau yang telah disita disebabkan gagal membayar hutang yang melebihi RM1 juta

Dalam kenyataan yang dibuat oleh usahawan wanita itu, beliau telah mengambil serius tentang perkara ini dan berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menangani masalah yang telah dibangkitkan ini dan telah tersebar.

Menurut Vida, beliau telah mendapatkan nasihat melalui saluran undang-undang yang betul bagi menyelesaikan perkara ini dengan cara yang baik. Pada masa yang sama beliau turut memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepada beliau.

Vida menaruh harapan yang tinggi agar beliau diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan masalah ini tanpa ada gangguan dan profesional.

Media sebelum ini, telah melaporkan bahawa empat kenderaan mewah milik Vida serta barangan rumah telah disita iaitu di Ipoh setelah beliau gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran ubah suai sebuah kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Vida dilaporkan telah gagal menyelesaikan baki tunggakan kilangnya yang sebelum ini telah dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 yang bernilai RM1,060,285. Laporan mengenai kegagalan bayaran baki tunggakan tersebut telah dilaporkan oleh sebuah sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Perintah penyitaan di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Empat Penyakit Di Dalam Gabungan Parti Perlu Dirawat Segera Untuk Kembalikan Kekuatan Parti – Johari.