Empat Penyakit Di Dalam Gabungan Parti Perlu Dirawat Segera Untuk Kembalikan Kekuatan Parti - Johari.
Disebabkan empat penyakit yang dihidapi oleh gabungan parti itu maka Ummo ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.

Kuala Lumpur, 25 Nov 2024, 9.00 malam – PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Naib Presiden Umno menyifatkan Umno mempunyai empat penyakit yang perlu segera diubati iaitu, Delusional (Khayal), Amnesia (Hilang ingatan), Inersia dan Arrogant (angkuh).

Disebabkan empat penyakit yang dihidapi oleh gabungan parti itu maka Ummo ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas. Sikap arrogant yang menyelubungi parti ini seperti membuatkan ahli-ahli dan mungkin juga pemimpin lupa bahawa sebenarnya kita telah dinilai dan diadili oleh rakyat sejak sekian lama sehingga mereka menghukum parti ini mulai Pilihan Raya Umum 14 ( PRU-14) dahulu.

Johari mengajukan pertanyaan kepada semua ahli apa sebenarnya visi penubuhan Umno ini ? Ia adalah untuk membangunkan negara dan memelihara bangsa. Tetapi kita lupa disebabkan setiap kali PRU sejak berpuluh tahun dahulu gabungan parti ini sentiasa menang dan menjadi harapan rakyat untuk berlindung dan mendapatkan sedikit keselesaan didalam kehidupan harian, maka itu leka. Kita fikir bahawa rakyat akan terus mengharapkan kita walaupun kita tidak tunjukkan persembahan yg terbaik di dalam  amanah yang diberi. Akhirnya parti ini hanyut ??

Dua lagi sindrom yang melanda parti dan gabungan adalah Inersia, iaitu orang sudah menolak kita secara total, tetapi kita tak mahu buat perubahan sebaliknya statik. Kekal dengan cara kita sendiri kerana masih menganggap bahawa rakyat masih memerlukan kita dan paling menyakitkan adalah tidak mahu terima teguran. selain kena hapus sindrom Arrogant, bilamana seolah tak boleh terima teguran.

Selain itu juga tidak mahu terima pendapat orang lain, tidak mahu mengaku atau terima kenyataan bahawa kita telah melakukan kesalahan dan apa yang paling parah tidak mahu ber
tolak ansur sesama sendiri.

Menurut Johari yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi mengeluarkan kata-kata ini sewaktu pembukaannya di Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia semalam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN.

Ada beberapa nasihat yang diberi untuk ahli-ahli Umno dan BN terapkan di dalam diri iaitu, perlunya melakukan perubahan untuk kembali menjadi satu gabungan yang kukuh di dalam arena politik negara. Oleh itu ahli-ahli perlu bersemangat dan jangan sekali-kali berputus asa.

Beliau turut menyarankan ahli-ahli untuk bergerak sebagai satu pasukan iaitu tidak kira Melayu , Cina dan India semuanya perlu berkerjasama. Perlu merawat empat penyakit ini agar kembali pulih dan meneruskan misi dan visi untuk negara.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Pelancong Bertanya Kepada King Sing, Adakah Malaysia Sebuah Negara Perkauman?