Pelancong Bertanya Kepada King Sing, Adakah Malaysia Sebuah Negara Perkauman?

 

Kuala Lumpur, 25 Nov 2024, 12.00 tengahari – PADA 21 November lalu, China Press melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar yang memberi tumpuan kepada papan tanda yang tidak menggunakan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Operasi tersebut dijalankan bersama oleh pasukan penguatkuasaan dan pelesenan DBKL, bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak polis. Dimaklumkan serbuan tersebut merupakan operasi berskala besar yang bertujuan untuk mengenal pasti  premis-premis yang didakwa memasang papan tanda yang tidak mematuhi undang-undang.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing mendakwa bahawa beliau telah ditanya oleh pelancong asing adakah Malaysia ini sebuah negara bersifat perkauman atau ekstrem agama? Ia merujuk kepada serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas beberapa premis di ibu negara sebelum ini yang tidak menggunakan bahasa Melayu di atas papan iklan di beberapa premis.

Menurut King Sing, keraguan yang ditunjukkan oleh pelancong tersebut mungkin tidak memilih Malaysia lagi sebagai  negara untuk dilawati dan membantutkan daya saing negara di persada global. Beliau bimbang kontroversi perkauman atau agama mungkin tercetus dan  akan menghakis kepercayaan dan kerjasama antarabangsa, yang berisiko memberi kesan negetif terhadap  kempen Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memandangkan Malaysia bersedia untuk menjadi pengerusi Asean pada 2025, dengan beberapa siri mesyuarat Asean dijadual berlangsung di negara ini tahun depan,  ini memberi peluang keemasan untuk mempamerkan kepelbagaian dan keterangkuman Malaysia di pentas global.

bukan setakat itu sahaja  malah, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun juga turut menyuarakan kebimbangannya dan berkata- kata perkara ini terlalu tergesa-gesa dan mengganggut erutama dibandar  raya yang berbilang budaya dan bertaraf antarabangsa seperti Kuala Lumpur.

Fong menggesa supaya DBKL menghentikan tindakan penguatkuasaan dan bercadang agar satu perbincangan diadakan dengan semua pihak yang berkaitan di Kuala Lumpur untuk mencari satu solusi yang lebih baik dan memberi peringatan bahawa tindakan penguatkuasaan yang terlalu drastik boleh menyebabkan bidang pelancongan kurang mendapat sambutan terutama dari pelancong luar negara dan mampu menjejaskan ekonomi negara.

Malaysia tidak seharusnya memberikan imej negatif di arena antarabangsa disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Mempromosikan kepelbagaian budaya dan warisan adalah kunci utama untuk membuka jalan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut King sing, papan tanda dwibahasa bukan sahaja mencerminkan sikap mesra terhadap pelancong luar, malah menjadi unsur teras daya tarikan negara dari segi budaya dan bangsa. Beliau turut menggesa supaya DBKL memberi kerjasama untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan mempertingkatkan keindahan bandar serta kemudahan dan mempelbagaikan ciptaan sebagai tarikan bagi memberikan pengalaman unik untuk dibawa pulang oleh pelancong ke negara masing-masing.

DBKL seharusnya menjiwai semangat ketamadunan dan keterbukaan ibu kota dengan menolak pemikiran negetif dan tidak menyemarakkan isu perkauman dan agama. Semua rakyat perlu bersatu untuk mencipta masa depan yang lebih baik dengan memacu negara ke hadapan bersama-sama.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jawatankuasa Untuk Menyelesaikan Isu Beras Tempatan Ditubuhkan? Persoalannya Adalah, Bolehkah Selesai?

https://prezcom.my/2024/11/24/jawatankuasa-untuk-menyelesaikan-isu-beras-tempatan-ditubuhkan-persoalannya-adalah-bolehkah-selesai/