Jawatankuasa Ditubuhkan Untuk Menyelesaikan Masalah Beras Tempatah.
Kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian isu kekurangan beras putih tempatan (BPT)

Kuala Lumpur, 24 Nov 2024, 11.00 malam – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Kerajaan bersedia untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengatasi  masalah kekurangan  beras putih tempatan (BPT) di pasaran tempatan yang belum menemui penyelesaiannya.

Untuk itu, kementeriannya akan terus menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan itu dan akan memantau sekiranya terdapat penyelewengan oleh mana-mana pihak.

Mohamad Sabu berkata, beliau dan kementeriannya mengambil serius akan perkara ini dan bertekad untuk menyelesaikannya dengan cara yang berkesan katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2024.

Menurut beliau lagi, beras tempatan sememangnya ada tetapi amat kurang dipasaran. Namun, beliau dan kementerian akan berusaha untuk mencari penyelesaian dan kini sedang giat mempromosikan penanaman padi ala Sekinchan kepada pesawah untuk meningkatkan jumlah padi agar tidak putus.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: