Kuala Lumpur, 4.00 petang, 26 Nov 2024 – PENGASAS dan Presiden Persatuan Usahawan Asia Pasifik, Dr Loh Sheng Nian atau Dr Shawn Loh, mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan perlu dihormati, oleh itu peraturan papan tanda yang telah wujud dan telah ditetapkan sejak dahulu lagi perlu kekal untuk membuktikan bahawa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu diberi keutamaan.
Sesiapa pun perlu ingat Bahasa Kebangsaan perlu dihormati bukan sahaja oleh rakyat berbilang kaum dinegara ini termasuk juga pelancong dan warga asing. Kunci utama adalah rakyat sendiri perlu menghormati Bahasa Kebangsaan dengan itu baru lah pelancong atau warga asing juga akan menghormati negara kita.
Setiap negara diseluruh dunia mempunyai undang-undang tersendiri termasuklah papan tanda di jalan raya atau apa sahaja penunjuk arah dan papan pengiklanan. Semua rakyat tidak kira bangsa termasuk orang dari negara luar perlu menghormati ketetapan undang-undang negara ini.
Bahasa Melayu merupakan bahasa utama manakala bahasa lain adalah bahasa tambahan. Menurut Dr Shawn, bahasa yang patut diutamakan adalah Bahasa Kebangsaan kerana ia adalah bahasa rasmi Malaysia. Namun, tidak adil juga hanya mengutamakan pelancong dari satu negara sahaja kerana pelancong negara iain juga menyumbang kepada cukai pelancongan.
Menurut Dr Shawn lagi, pelancong datang ke Malaysia untuk merasai kelainan dari negara mereka. Ia termasuk dari segi pemakanan, iklim, budaya, warisan dan keindahan. Pelancong datang ke sini kerana versi Malaysia bukan versi atau cita rasa negara lain. Pelancong juga perlu memghormati perlembagaan negara ini termasuk penggunaan Bahasa Kebangsaan di dalam sektor awam.
Pelancong mengenali Malaysia sebagai ” Truly Asia”. Jadi kita tidak perlu mengikut cara negara lain kerana Malaysia mempunyai keunikan budaya tersendiri yang tidak dipunyai oleh negara lain dan pelancong dari mana-mana negara akan melihat kelainan dari tempat dan budaya asal mereka.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Semoga Dipermudahkan Urusan Datuk Seri Vida Untuk Menyelesaikan Masalah Peribadinya.