Kuala Lumpur, 22 Nov 2024, 12.00 tengahari – Di DALAM Ketegangan politik tanah air, tetap ada kelucuan yang sering timbul dan menghiburkan kepada para pemerhati terutama di dalam sidang Parlimen. Terdapat seribu satu macam sikap Ahli Parlimen di negara kita ini. Amat tepat sekali kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditukar setiap kali pertukaran kerajaan terjadi. Jika tidak, Yang Dipertua Dewan Rakyat yang sihat akan jadi sakit dan yang sakit boleh terus membawa maut jika selama-lamanya memegang jawatan tersebut.
Contoh ahli Parlimen yang melucukan dari pandangan pemerhati adalah Datuk Seri Shahidan Kassim dari parti Perikatan Nasional (PN ) yang sering memberi kata-kata sinis namun ianya tersirat dengan maksud yang dalam. Adakala nampak garang, adakala nampak kelam kabut dan paling ketara adalah lucu.
Ahli Parlimen seterusnya adalah YB Rayers dari DAP yang kadang kala dilihat suka mencelah masuk setiap kali pembangkang memberi hujah. Bukan itu sahaja, jika beliau berhujah pula, tiada peluang untuk ahli Parlimen pembangkang boleh masuk mencelah.
Seorang lagi Ahli Parlimen yang tidak kurang hebatnya adalah Ahli Parlimen Pendang iaitu Datuk Haji Awang Solahuddin bin Hashim. Kadang-kadang di dalam serius berhujah tetap ada kata-kata lucu yang keluar di akhir hujahannya. Sungguh pun begitu di dalam kelucuan tetap ada message tertentu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Datuk Haji Awang Solahuddin adalah Ahli Parlimen PAS yang mewakili parti PN.
Sungguh pun ada dikalangan rakyat yang mengatakan Parlimen Malaysia bagaikan Zoo di setiap kali bersidang namun, kesemua mereka cuba untuk mencari kesepakatan di dalam membuat keputusan. Bukan sahaja di dalam Parlimen di Malaysia tetapi di seluruh dunia keadaannya sama malah ada yang lebih teruk dari apa yang kita lihat di dalam Parlimen negara kita. Sindir menyindir dan beremosi sewaktu berhujah adalah lumrah kepada Ahli Parlimen.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Isu Aduan Pimpinan Parti: Hassan Karim Dihadapkan Ke Lembaga Disiplin PKR.