Kuala Lumpur, 21 Nov 2024, 9.00 malam – SETIAUSAHA Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Fuziah Salleh berkata, terdapat aduan mengenai wakil rakyat Pasir Gudang Hassan Karim mengenai satu kenyataan yang dibuat oleh beliau secara terbuka.
Menurut Fuziah tentu ada perkara yang membuatkan Hassan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti. Walau bagsimanapun Fuziah tidak menyebut ucapan yang dibuat oleh Hassan dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk menyiasat.
Hassan berkemungkinan diheret ke jawatankuasa parti kerana kritikan pedas di atas keputusan kerajaan dalam pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua.
YB Hassan Karim merupakan wakil rakyat Pasir Gudang yang selalu lantang bersuara mengenai sesuatu perkara terutama mengenai isu rakyat. Sebagai contoh baru-baru ini beliau lantang bersuara mengenai ketiadaan beras tempatan dipasaran serta harga yang mahal dimana beliau juga terpaksa membeli beras dengan harga yang tidak wajar.
Menurut Fuziah lagi, sebarang aduan boleh dibincangkan dalam mekanisme dalaman parti.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Denda RM1 Juta Kepada Peniaga Yang Guna Lambang Islam Atau Ayat Al Quran Untuk Memperdaya Pelanggan.