Denda RM1 Juta Kepada Peniaga Yang Guna Lambang Islam Atau Ayat Al Quran Untuk Memperdaya Pelanggan.
(KPDN) akan mengenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.sekiranya terdapat mana-mana peniaga Islam dan bukan Islam yang mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan.

Kuala Lumpur, 21 Nov 2024, 12.00 tengahari – TINDAKAN tegas akan diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan mengenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.sekiranya terdapat mana-mana peniaga bukan Islam yang mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan dengan cara memaparkan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam, termasuk perbuatan menggantung ayat suci Al-Quran.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sekiranya pihak KPDN mendapati atau menerima aduan tentang peniaga Islam atau bukan Islam yang menggunakan perbahasaan halal untuk memperdayakan pengguna Islam pihaknya tidak akan teragak – agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Salah satu adalah sekiranya terdapat penggantungan ayat-ayat suci Al quran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Bagi menunjukkan bahawa makanan atau minuman berstatus halal sebagaimana diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, peniaga disyaratkan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum dibenarkan menggunakan perbahasaan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Sertai Secara Sukarela Latihan Percubaan PLKN 3.0.