Program Ripatriasi Migran: Tiada Ejen Dilantik Oleh Jabatan Untuk Menguruskan PATI.
Warga asing yang ingin mendaftar perlu membuat temujanji melalui Sistem Temujanji Online (STO) di https://sto.imi.gov.my/STO/home.php dan hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kuala Lumpur, 19 Nov 2024, 6.00 petang – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin terus mengingatkan warga asing bahawa tiada ejen yang dilantik oleh jabatan tersebut bagi menguruskan dokumentasi atau perihal kepulangan ke negara asal secara sukarela pendatang tanpa izin (PATI).

[PROGRAM REPATRIASI MIGRAN]

Program Repatriasi Migran berlangsung dari 1 Mac 2024 hingga 31 Disember 2024, membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) pulang ke negara asal secara sukarela. Jabatan Imigresen Malaysia tidak melantik ejen untuk berurusan dengan PATI.

Warga asing yang ingin mendaftar perlu membuat temujanji melalui Sistem Temujanji Online (STO) di https://sto.imi.gov.my/STO/home.php dan hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Untuk pertanyaan, sila hubungi melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my/tanya/create.

#PERKASA
#taatsetia
#Imigresen
#Immigration
#JIM
#KementerianDalamNegeri
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MalaysiaMadani

© 2024 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Bung Moktar Dicadangkan Untuk Mengundurkan Diri Bagi Memberi Tumpuan Kepada Kes Mahkamahnya Dan Isteri.