Kuala Lumpur, 19 Nov 2024, 12.00 tengahari – DATUK Seri Bung Moktar Radin telah dicadangkan untuk berundur dari jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan memberi fokus sepenuhnya kepada kes perbicaraan bela diri yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Nov 2024.
Perkara tersebut telah dicadangkan oleh Datuk Zulkarnain Bin Mahadar iaitu Pengerusi Garakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang juga merupakan seorang bekas aktivis Umno Sabah. Menurut Zulkarnain, langkah ini amat penting untuk dipertimbangkan oleh Bung memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangkakan akan berlangsung pada tahun hadapan.
Zulkarnain adalah seorang bekas aktivis Umno yang sudah lama berjuang dan terlibat secara langsung dengan parti keramat orang Melayu itu dan sentiasa berada disisi Umno waktu jatuh dan bangun Umno sejak dahulu di negeri Bawah Bayu itu. Beliau turut menyuarakan hasratnya berkemungkinan untuk kembali memberi sokongan kepada Umno sekiranya Bung meletakkan jawatan.??
Pada 18 Nov 2024, kesemua platform media melaporkan bahwa Bung Moktar dan juga isteri iaitu Datin Seri Zizie Abdul Samad diarahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Rayuan yang melibatkan tiga pertuduhan rasuah yang berkait dengan FELCRA bernilai RM150 juta dalam Unit Amanah Publik Mutual Berhad turut membabitkan wang sejumlah RM2.8 juta
Keputusan itu juga telah mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen untuk proses perbicaraan selanjutnya. Dalam masa yang sama Zulkarnain dan G57 menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu dan juga turut mendoakan agar Bung Moktar dan isteri dibebaskan dari tuduhan tersebut.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah bergelar mahasiswi UIA Pada Usia 64 Tahun. Tahniah Tuanku.