Kuala Lumpur, 18 Nov 2024, 9.00 malam – KEMBALI ke sekolah, doakan saya!” titah TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Baginda bertitah demikian di ruangan kapsyen. Lebih manis adalah, baginda bergelar mahasiswi di UIA pada usia 64 tahun. Ampun Tuanku. Setinggi-tinggi ucapan tahniah untuk tuanku.
Baginda memuat naik gambar sambil memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization universiti berkenaan turut berkongsi khabar yang mengembirakan itu di Tik Tok miliknya. Ramai peminat baginda di dalam Tik Tok berkata, mereka juga teruja dengan berita ini dan ada yang bersemangat untuk kembali belajar apabila melihat seorang permaisuri di raja nekad untuk kembali menuntut ilmu. Ini merupakan satu pencetus inspirasi untuk kaum wanita di Malaysia.
Rata-rata warga maya memberikan ucapan tahniah sambil mendoakan agar baginda terus bersemangat didalam menghadapi cabaran pembelajaran yang akan dihadapi kelak. Ramai juga yang bergurau dengan baginda menerusi ruangan komen dengan mengatakan lagi seronok jika baginda dapat tinggal bersama pelajar lain di Kolej untuk lebih mesra dengan rakyat yang juga mahasiswi selain ingin mendekatkan diri dengan pencetus inspirasi wanita ini.
Pada pandangan rakyat yang mengikuti perkembangan berita gembira ini mengatakan inilah kepimpinan contoh yang terbaik. Seorang permaisuri yang juga sebenarnya seorang pemimpin kepada kaum wanita khususnya kepada yang melanjutkan pelajaran dan pada masa yang sama boleh dijadikan tempat meminta nasihat dan berkongsi berbagai perkara sebagai pengetahuan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada Yang Mulia Tuanku Azizah. Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan dan diharapkan kepimpinan Tuanku dapat memberi semangat yang kuat kepada kesemua pelajar diseluruh negara. Semoga Allah memberkati usaha Tuanku dan sentiasa dilindungi olehnya walau dimana berada.
Daulat Tuanku.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Datuk Seri Bung Moktar Dan Isteri Datin Seri Zizie Diarah Membela Diri Oleh Mahkamah.