Datuk Seri Bung Moktar Dan Isteri Datin Seri Zizie Diarah Membela Diri Oleh Mahkamah.
Datuk Seri Bung Moktar dan isteri diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd, sembilan tahun lalu. – Kredit – The Star

Kuala Lumpur, 18 Nov 2024, 3.00 petang – MAHKAMAH Rayuan hari ini, mengeluarkan perintah supaya Datuk Seri Bung Moktar dan isteri Datin Seri Zizie membela diri atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd, sembilan tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan mereka pada 7 September 2023 lalu.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, pasangan suami isteri ini sekali lagi perlu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka.

Pada 7 September tahun lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu dan isterinya dibebaskan setelah Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan mereka terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan pasangan tersebut membela diri.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan pada 18 September tahun yang sama.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Malaysia Tidak Iktiraf Negara Isreal – Dalam Sidang Media Yang Di Adakan Di Lima Peru.