Kuala Lumpur, 17 Nov 2024, 11.00 malam – BERBAGAI tomahan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataannya sewaktu bertemuramah bersama agensi media antarabangsa CNN yang tular baru-baru ini apabila ada pihak mendakwa Malaysia seolah-olah mengiktiraf negara haram Israel. Namun, tomahan itu telah disanggah oleh beliau dengan memberi penerangan bahawa sewaktu bertemu delegasi media Malaysia yang bersama dalam lawatan rasmi ke Peru, beliau berkesempatan menjawab mengenai tohmahan kononnya Malaysia ‘mengiktiraf’ Negara Israel itu.
Dalam konteks kenegaraan dan sistem antarabangsa, ada yang disebut sebagai ‘de facto’ atau ‘de jure’ merujuk kepada kewujudan sesebuah negara. Justeru, Israel itu sedia dan telah wujud serta turut menjadi anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Atas kerana ‘kewujudannya’ itulah maka Malaysia telah pun mengusulkan penyingkirannya dari PBB sebagai negara yang bertamadun.
Sebagai Ahli Parlimen, terutamanya dari parti Islam, kita sepatutnya mengelak dari amalan memperbodoh rakyat dan tegakkan hujah yang adil. Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
Beliau juga membidas pihak yang menyerangnya dengan mengambil kenyataan beliau di luar konteks, sambil menekankan bahawa pendiriannya jelas mengutuk keganasan dan kezaliman Israel. Beliau berharap penjelasan tersebut dapat menghilangkan kekeliruan rakyat dan mengajak semua pihak untuk mengelakkan politik fitnah yang hanya memecahbelahkan masyarakat.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: