Mowgli Malaysia Kini Seorang Mekanik Motosikal Hasil Dari Program TVET.
Syukur kini sudah berusia 19 tahun dan telah pun memiliki TVET dengan kemahiran di dalam bidang memperbaiki berbagai jenis motosikal selepas melanjutkan pengajian di Pusat Giat Mara Hulu Terengganu.

Kuala Lumpur, 17 Nov 2024, 1.00 petang – MASIH ingatkah lagi kepada Muhammad Syukur Khamis? Seorang remaja berusia empat belas tahun pada ketika itu yang terkenal diseluruh dunia dengan panggilan “Mowgli Malaysia kerana keakrabannya bersama lebih kurang lima puluh ekor kerbau peliharaan ayahnya. “Mowgli Malaysia” kini seorang mekanik motosikal hasil dari program TVET.

Syukur kini sudah berusia 19 tahun dan telah pun memiliki TVET dengan kemahiran di dalam bidang memperbaiki berbagai jenis motosikal selepas melanjutkan pengajian di Pusat Giat Mara Hulu Terengganu selama enam bulan.

Syukur merupakan anak bongsu dari lapan orang adik -beradik masih lagi kekal dengan panggilan’ Kampung Boy ‘ dan memilih untuk terus tinggal di Terengganu tempat kelahirannya. Beliau percaya dengan kemahiran yang dimilikinya itu akan memudahkannya untuk berkerjaya walau dimana-mana pun beliau berada.

Syukur kini menguruskan bengkel motosikal milik abangnya di Kampung Banggol Katong Kuala Terengganu. Ramai yang berpendapat kemungkinan Syukur akan memilih bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk membina kerjayanya namun, peluang keemasan yang dicari, telah pun ditemui ditempat negeri kelahirannya dengan mencurahkan bakti melalui kemahiran yang diperolehi didalam program TVET yang disyorkan oleh kerajaan.

Kredit – BERNAMA

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Media Bantu SPRM Sebar Luas Mesaj Antirasuah.